Bikesrepublic

MotoGP: Gresini Kekal Dengan Jentera Desmosedici, Terus Pertaruh Alex Marquez Musim 2024

Gresini Racing akan terus memberikan kepercayaan kepada Alex Marquez memasuki musim 2024 di samping turut menandatangani kerjasama dengan Ducati bagi tempah dua musim lagi. 

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Gresini cuba dipancing Yamaha dan KTM bagi menjadikan mereka pasukan satelit baharu di MotoGP. Bagaimanapun, pengumuman rasmi dari Gresini itu secara langsung menamatkan desas-desus tersebut. 

“Saya mahu berterima kasih kepada seluruh keluarga Ducaiti kerana kami dapat terus bersama mereka bagi tempoh dua tahun lagi. Kami telah pun menunjukkan kombinasi yang baik tahun lepas dan tahun ini jadi kami teruja dapat meneruskan usahasama ini,” jelas Nadio Padovani, pemilik pasukan Gresini. 

Dalam pada itu, Marquez seakan hidup semula selepas meninggalkan LCR Honda bagi menyertai Gresini. Dalam penampilan kedua musim ini dia telah pun merekodkan catatan masa terpantas di sesi kelayakan dan berjaya menaiki podium. 

MInggu lalu di Silverstone, Marquez juga berjaya memenangi perlumbaan Sprint pada Sabtu. Apa yang pasti, Marquez membuktikan dirinya sebagai calon tepat menggantikan Enea Bastianini musim ini. 

Sementara itu, sedang berlegar khabar angin yang mengatakan Marquez akan digandingkan dengan pasangan baharu musim depan. Terbaru, pelumba Moto2, Jake Dixon telah dikatikan dengan kerusi MotoGP bersama Gresini bagi menggantikan Fabio Di Giannantonio yang sedang bergelut musim ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan