Bikesrepublic

GP Styria: Jorge Martin Lakar Kemenangan Sulung Di MotoGP

Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, berjaya merekodkan kemenangan sulung di kelas premier meskipun perlumbaan terpalit dengan insiden bendera merah.

Aksi di GP Styria terpaksa dihentikan selepas beberapa lap apabila berlaku pertumpahan minyak dan kebakaran babitkan jentera Dani Pedrosa (KTM) dan Lorenzo Salvadori (Aprilia).

Ini merupakan kejayaan bermakna buat Martin, yang sebelum ini terlepas aksi di Jerez, Le Mans dan Mugello ekoran kecederaan.

Menariknya, pelumba berusia 23 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran sengit dari juara musim lalu, Joan Mir (Suzuki) yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Mir tampak lebih pantas bagi aksi pertama separuh kedua musim ini hasil bantuan ‘ride height device’ yang membantu jentera GSX-RR mencatat kelajuan lebih baik sewaktu di selekoh sekaligus mampu memberi saingan yang lebih baik.

Sementara itu, tempat ketiga jadi milik pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, yang pada awalnya menerima asakan dari wakil Ducati, Jack Miller, sebelum pelumba Australia hilang kawalan lalu terbabas.

Quartararo terus mengutip mata penting untuk kekal peneraju dengan 172 mata diikuti Johann Zarco (132 mata) dan Mir (121 mata).

Dalam perkembangan lain, aksi di Moto2 menyaksikan pelumba Sky Racing Team VR46, Marco Bezzecchi, muncul juara diikuti Aron Canet (Aspar Team) kedua dan Augusto Fernandez (Marc VDS) ketiga.

Sementara saingan Moto3 kekal rancak dengan Pedro Acosta (KTM) melakar kemenangan kelima musim ini dengan Sergio Garcia (Santander Consumer) dan Romano Fenati (Sterilgarda Max Racing Team) melengkapkan podium dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Saingan MotoGP akan kembali bersambung minggu depan sekali lagi di Red Bull Ring.

Berikut keputusan penuh perlumbaan MotoGP:

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube