Bikesrepublic

MotoGP: Monster Energy Jadi Penaja Utama Suzuki Ecstar 2021

Pasukan Suzuki MotoGP akan membawa nama Monster Energy selaku penaja utama bagi musim 2021.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian itu untuk beberapa tahun yang akan menyaksikan Monster Energy – yang juga penaja utama Yamaha MotoGP – menjadi penaja rasmi pasukan Suzuki.

Jenama minuman tenaga itu telah pun menaja Joan Mir dan Alex Rins untuk dua musim (2019-2020) sebelum ini.

Menurut pengurus pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio yakin kerjasama ini akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“Kami telah pun berbincang mengenai kerjasama ini di awal tahun jadi kami cukup berbangga kerana Monster Energy akan menjadi penaja utama kami untuk beberapa tahun akan datang,” jelasnya.

Tahun 2020 merupakan musim bertuah buat Suzuki yang turut muncul sebagai juara dunia menerusi Joan Mir sejak kali terakhir dilakukan Kenny Roberts Jr pada tahun 2000.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan