Bikesrepublic

MotoGP: Morbidelli Pelumba Utama Petronas SRT – Razlan Razali

Demikian kenyataan dibuat prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam temu bual bersama media tempatan, hari ini.

Menurut Razlan meskipun pasukan itu tidak melabelkan siapa pelumba utama dan kedua dalam pasukan namun dia meletakkan Morbidelli sebagai tunjang utama dalam merebut kejuaraan MotoGP musim 2021.

“Secara peribadi, saya berasakan Franky (Morbidelli) adalah pelumba nombor satu berdasarkan pencapaian dia musim lalu.

“Kami cuba untuk tidak meletakkan sebaran label terhadap kedua-dua pelumba malah musim lalu juga kami tidak praktiskan siapa nombor satu walaupun jangkaan lebih tinggi diletakkan pada (Fabio) Quartararo.

“Bagi saya, kami memberikan layanan yang sama tetapi kami akan memberi fokus lebih pada Franky.

“Tetapi tak dilupakan yang kita bercakap tentang Valentino, dia boleh membuat kejutan. Dia cuma kurang bernasib baik musim lalu. Saya yakin dia akan kembali lebih kuat dan beraksi dengan penuh kompetitif dalam pusingan pertama,” jelas Razlan.

Rossi bakal beraksi di bawah payung Petronas SRT selepas lapan tahun bersama pasukan factory Yamaha sebelum ini.

Pelumba berusia 42 tahun itu menggantikan Quartararo yang berhijrah ke pasukan factory bagi bergandingan dengan Maverick Vinales.

Musim lalu, Rossi sekadar mengutip 66 mata selepas 14 pusingan dengan hanya satu podium (GP Andalucia) di samping lima kali gagal menamatkan perlumbaan.

Dalam perkembangan sama, Razlan turut merasmkikan pasukan Petronas SRT bagi menghadapi musim baharu secara strim langsung, hari ini.

Pelancaran itu turut memperlihatkan julung kalinya jentera YZR-M1 2021 milik Rossi dan Morbidelli.

Rossi akan teruskan musim 2021 dengan jentera ‘Factory-spec’ manakala Morbidelli bersama jentera ‘A-spec+’.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan