Bikesrepublic

MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia.

Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda.

Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12 musim ini.

Pada masa sama, kegagalan pelumba Ducati, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan susulan kemalangan dan Andrea Dovizioso sekadar menduduki tempat keempat, membenarkan Marquez menutup defisit dua mata sekaligus menghadiahkan pasukannya kejuaraan dunia.

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan Jack Miller ketiga.


Dalam perkembangan sama, Jorge Lorenzo berjaya menamatkan perlumbaan terakhirnya di kedudukan ke-13 selepas mengumumkan persaraan akhir musim ini.

Aksi Moto2 menyaksikan pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder muncul juara diikuti Thomas Luthi kedua dan Jorge Navarro ketiga.

Manakala saingan Moto3 menyaksikan pelumba berusia 16 tahun, Sergio Garcia (Estrella Galicia 0.0) menyambar tempat pertama diikuti Andrea Migno (Mugen Race) kedua dan Xaier Artigas (Leopard Impala Junior Team) ketiga.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan