Bikesrepublic

MotoGP: Perlu Ada Jurang Antara Mesin ‘Factory’ Dan Satelit – Bagnaia

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mencetuskan suasana panas di kem MotoGP apabila mendakwa perlu ada jurang antara jentera factory dan satelit dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke laman rasmi MotoGP. 

Dalam temu bual tersebut (yang dibuat selepas perlumbaan di GP Perancis), Bagnaia memberi pendapatnya bagaimana untuk mengurangkan risiko kemalangan di peringkat awal perlumbaan. 

“Ada pelumba di belakang yang tidak berpotensi besar, mahu memintas enam pelumba dalam satu lap. Ini tidak boleh berlaku, kerana (di awal perlumbaan) kita semua sudah mencapai had untuk meraih objektif utama. 

“Jika brek saya sudah mencapai had maksimum, terutamanya di peringkat awal perlumbaan, adalah salah (untuk pelumba lain) untuk cuba brek lebih lewat dari itu. 

Bagi Bagnaia kebanyakkan kemalangan berlaku di awal perlumbaan kerana masing-masing dah tak sabar. 

“Jika diperhatikan, insiden seperti ini terutamanya berlaku di bahagian awal perlumbaan. Kita perlu mencai jalan untuk memperbaiki situasi ini kerana ia tidak lagi selamat. 

“Apa yang saya rasakan, ini kerana daripada jentera pertama hingga terakhir, semua boleh menang. Tiada lagi jurang 0.6 hingga 0.7 saat antara jentera factory dan satelit,” tambah Bagnaia. 

Dia kemudiannya membuat kenyataan berikut,” Tahap sekarang cukup ekstrim. Dengan segala aerodinamik, setiap pelumba ada peluang untuk menang. 

“Sebagai contoh, Augusto Fernandez, dia mendapat kedudukan keempat, dia juara dunia (Moto2) tetapi dia masih seorang ‘rookie’ (di MotoGP). 

“Jadi pendapat saya, saya mahu ada jurang antara jentera factory dan satelit. Bagi mengelakkan perkara ini (kemalangan) berlaku,” ujar pertahan juara dunia MotoGP itu. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan