Bikesrepublic

MotoGP: Petronas Tarik Balik Tajaan SRT, Projek Moto2, Moto3 Dibubarkan?

Penaja utama Sepang Racing Team (SRT), Petronas didakwa akan menarik balik penajaan pasukan itu di MotoGP bermula 2022.

Dakwaan itu timbul menerusi laporan media antarabangsa yang turut melaporkan bahawa SRT akan turut membubarkan pasukan Moto2 dan Moto3.

Difahamkan, pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha melindungi projek MotoGP.

Sementara itu, Yamaha turut dikatakan telah berbincang semula perjanjian bersama SRT, yang kini akan menawarkan dua jentera ‘B-Spec’ M1 bagi saingan 2022 berbanding satu factory spec dan satu A-spec yang diguna pakai musim ini.

Meskipun tiada pengumuman rasmi dari pihak Petronas mahupun SRT ketika ini namun dijangkakan pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu berdepan senario sukar ekoran ketiadaan penaja utama menuju musim baharu.

Manakala pembubaran Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 juga menimbulkan satu lagi persoalan, apakah nasib pelumba tempatan antaranya Syarifuddin Azman @ Damok dan Adam Norrodin yang dikaitkan dengan pasukan itu sebelum ini? – Motorsport

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube