Bikesrepublic

MotoGP San Marino 2018: Andrea Dovizioso Mendominasi GP San Marino

Andrea Dovizioso – Sumber imej: MotoGP
  • Penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso telah menakluki perlumbaan MotoGP San Marino 2018.
  • Penunggang yang menduduki Petak Pertama, Jorge Lorenzo, telah terbabas sewaktu perlumbaan berbakikan dua pusingan.
  • Marc Marquez berjaya mendapat tempat ke-dua dan menjarakkan lagi kedudukannya sebagai pendahulu kejohanan.

Jorge Lorenzo sudah pasti berharap untuk memenangi perlumbaan kelas MotoGP di GP San Marino selepas sesi kelayakan yang amat memberangsangkan tempoh hari, di mana dia telah memecahkan rekod catatan masa litar tersebut sebanyak dua kali.

Namun, lain pula jadinya sewaktu sesi pemanas badan pagi semalam di mana Marc Marquez berjaya mencatat masa terpantas, diikuti pasangan penunggang pengilang Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

Namun begitu, ianya juga bukanlah gambaran sepenuhnya, kerana perbezaan masa di antara 11 penunggang terpantas hanyalah sebanyak satu saat sahaja.

Terdapat juga satu cebis harapan bagi pasukan pengilang Movistar Yamaha apabila Maverick Viñales berjaya melayakkan dirinya di tempat ke-tiga di atas grid.

Lorenzo meluru pantas mendahului perlumbaan sewaktu permulaannya, diekori oleh teman sepasukan Dovizioso serta penunggang-penunggang yang lain. Dovi kemudiannya mula membayangi rapat Lorenzo dan akhirnya memintasnya pada pusingan keempat. Di belakang mereka, Marquez bertarung sengit bagimeloloskan dirinya dari kelompok penunggang dan berjaya merenggangkan dirinya untuk berada di tempat ke-tiga. Dia menunggang sepantas yang dia mampu dan berjaya mengekori rapat Lorenzo sewaktu pertengahan perlumbaan.

Dovi pula, menunggang dengan halaju yang stabil dan mula menjarakkan dirinya sehinggalah dia berada sejauh 1.8 saat di hadapan dua penunggang yang mengejarnya itu.

Marquez mula mengatur serangan ke atas Lorenzo sewaktu perlumbaan berbakikan lima belas pusingan, namun Lorenzo telah memberikan satu tentangan yang hebat buatnya. Mereka saling pintas memintas dan akhirnya, Lorenzolah yang telah berjaya melakukan pintasan yang akhir dan mula mengejar semula teman sepasukan Ducatinya itu ketika perlumbaan memasuki lapan pusingan yang terakhir.

Namun Dovi telah bertindak balas semula terhadap cubaan Lorenzo itu. Di belakang Dovi, Lorenzo pula yang telah didesak oleh Marquez. Lorenzo kemudiannya telah memutuskan untuk cuba mengejar Dovi dengan lebih keras tetapi telah melakukan satu kesilapan, menyebabkan dia terbabas semasa perlumbaan tersebut berbakikan dua pusingan, membolehkan Marquez membolot tempat ke-dua.

Cal Crutchlow berjaya meloloskan diri dan menamatkan perlumbaan di tempat terakhir di atas podium.

Alex Rins telah bertarung dengan bekas teman sepasukan di Suzuki, Viñales dan berjaya mendapat tempat ke-empat. Pedrosa melintasi garisan penamat di P6 manakala Rossi pula berada di tempat ke-tujuh.

Marquez menjarakkan diri di tangga teratas kejohanan dengan 201 mata, manakala Valentino Rossi pula telah mengutip 142 mata setakat ini, diikuti dengan Jorge Lorenzo dengan 130 mata.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube