Bikesrepublic

MotoGP: Tak Berbaloi Teruskan Dengan Yamaha – Vinales

Maverick Vinales akhirnya mendedahkan disebalik keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama Yamaha meskipun masih berbaki semusim.

Jelas pelumba Sepanyol itu, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor.

“Saya yang membuat keputusan untuk tidak teruskan lagi,jadi tak logik untuk saya teruskan.

“Bagi saya tak masuk akal, tanpa sebarang solusi dan penjelasan, bagaimana saya nak perbaiki prestasi.

“Tiada siapa yang cuba beri penjelasan tentang apa yang berlaku atau apa yang perlu saya lakukan.

“Saya tak faham bagaimana ketika kelayakan, saya dari yang terpantas jadi yang paling ketinggalan.

“Saya tidak gembira, jadi tak berbaloi untuk saya teruskan lagi,” jelas Vinales.

Vinales hampir merekodkan permulaan baik separuh kedua musim MotoGP di GP Styria Ahad lalu ini sehinggalah perlumbaan dihentikan ekoran bendera merah.

Jentera M1 milik Vinales gagal dihidupkan ketika sesi lap pemanas badan (warm up lap) sewaktu perlumbaan hendak dimulakan semula dan terpaksa memulakan aksi di laluan pit.

Pelumba Monster Energy Yamaha itu juga akui bingung dengan apa yang berlaku di Austria.

“Pada awalnya saya gembira kerana perlumbaan pertama berjalan dengan baik tetapi sebaik perlu dimulakan semula, jentera saya enggan hidup selepas menukar tayar.

“Saya tidak faham apa yang berlaku, pelik kerana saya lakukan perkara sama ketika permulaan pertama,” jelasnya.

Kemudian, Vinales juga gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya sekali lagi mengalami masalah.

“Saya tidak pasti tetapi jentera bergerak dengan banyak dalam setiap lap, panel juga kerap kali menayangkan ‘pit lane’, jadi saya sangka ada kerosakan yang berlaku,” tambah Vinales. – GPOne

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube