Bikesrepublic

MotoGP Thailand 2018: Hafizh Syahrin Mengutip Mata Di Thailand

  • Hafizh Syahrin telah berjaya mengutip mata yang berharga di Litar Antarabangsa Buriram di Thailand, sewaktu pusingan MotoGP Thailand 2018 pada hujung minggu yang lalu.
  • Ianya merupakan kutipan mata pertama buat penunggang negara sejak pusingan di Brno, Republik Czech pada bulan Ogos yang lalu.
  • Hafiz kini hanya perlu menewaskan Franco Morbidelli yang mendahului kutipan mata bagi penunggang rookie dengan jurang hanya sebanyak lima mata.

Penunggang MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin, telah menunggang dengan amat baik sekali bagi membolehkannya mengutip mata pada pusingan MotoGP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram, pada hujung minggu yang lalu.

Hafizh telah memulakan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-18 tetapi telah berjaya memperbaiki kedudukannya bagi menduduki tangga ke-12 pada penghujung perlumbaan.

Keputusan ini bermakna dia telah menamatkan perlumbaan tersebut dua anak tangga di hadapan pencabar “Rookie of the Year” terdekatnya, Franco Morbidelli. Hafizh berjaya merapatkan jurang antara dia dan Morbidelli sebanyak dua mata, menjadikan jurang semasa hanya sebanyak lima mata. Morbidelli masih lagi mendahului kutipan mata bagi penunggang rookie dengan 33 mata berbanding 28 mata yang telah dikutip oleh Hafizh.

Namun, ianya bukanlah satu perlumbaan yang mudah, seperti mana yang telah didedahkan oleh Hafizh selepas perlumbaan, “Saya, bersama pasukan saya telah bertungkus lumus, dan mereka turut mempercayai kebolehan saya, dan ianya sesuatu yang amat saya hargai. Jentera saya menjadi terlalu panas pada permulaan perlumbaan.”

“Suhu minyak menjadi terlalu panas, dan saya tidak merasakan kuasa motosikal berkenaan. Saya memutuskan untuk tidak mengekori ‘slipstream’ penunggang yang lain kerana motosikal ini terlalu panas,” ujarnya lagi. “Saya pada mulanya telah memintas Takaaki Nakagami dan berasa yang saya mampu mendekati Morbidelli. Saya berjaya memintas Morbidelli dan kemudiannya cuba untuk mengekalkan rentak.”

“Saya masih perlu bekerja keras untuk pusingan yang seterusnya dan cuba untuk merapatkan jurang dengan Morbidelli sekali lagi. Kami berjaya meraih dua mata daripadanya. Ada lagi lima mata yang perlu dikejar, jadi kami perlu cuba untuk berada di hadapannya untuk baki musim ini,” tambah Hafizh lagi.

Prestasi yang telah Hafizh tunjukkan di Thailand membolehkannya mengutip mata pertama sejak perlumbaan di Brno, Republik Czech, pada bulan Ogos yang lalu. Prestasi yang kurang memberansangkan adalah disebabkan ketidakupayaan Yamaha untuk menyelesaikan isu yang ada dengan jentera mereka. Ianya jelas sekali bahawa masalah ini bukan sahaja telah menjejaskan Hafizh, tetapi juga turut menjejaskan teman sepasukan Hafizh di Monster Tech 3 Yamaha, Johann Zarco, begitu juga dengan pasangan penunggang pasukan pengilang Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Viñales.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube