Bikesrepublic

MotoGP: Tulang Lengan Marquez Disahkan Retak, Bakal Terlepas Beberapa Pusingan

Marc Marquez bakal diketepikan buat sementara waktu daripada saingan MotoGP susulan mengalami kemalangan ngeri di GP Sepanyol, semalam.

Marquez merupakan fokus perlumbaan semalam sebelum alami kemalangan apabila dia yang bermula di petak ketiga, terbabas dan terpaksa mengejar semula kelompok depan dari kedudukan ke-16.

Dia kemudiannya mempamerkan tunggangan agresif untuk memintas pelumba lain dengan mudah sehingga berjaya menempatkan diri kembali di kedudukan ketiga.

Dalam usaha mengejar Maverick Vinales di tempat kedua, dia mengalami highside di selekoh sama lalu meranapkan peluangnya mengutip sebarang mata dalam aksi pembukaan musim ini.

Sumber: MotoGP @ Twitter

Kemalangan itu turut menyebabkan lengan tangannya disahkan retak.

Insiden tersebut turut dijangka memberi kesan terhadap usahanya mempertahankan kejuaraan kelas premier selepas Fabio Quartararo memenangi perlumbaan semalam.

Sementara itu, Marquez akan ke Hospital Univeritari Dexeus di Barcelona hari ini bagi menjalani pembedahan.

Dia dijangka akan terlepas beberapa pusingan musim ini dengan pusingan kedua (GP Andalucia) akan bersambung hujung minggu ini di litar sama.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube