Bikesrepublic

Motor Elektrik Kymco Dengan Gearbox Manual Masih Dalam Pembangunan

Motor elektrik makin canggih sekarang, tapi bagi ramai peminat, motor elektrik mesih tak boleh kalahkan feeling moto dua roda bermesin petrol. Tapi, adakah inovasi teknikal boleh cover kekurangan “vroom-vroom” tu? Kymco nak cuba!

Dahulu kala, pada 2018, gergasi motosikal dari Taiwan ni perkenalkan SuperNex, motor elektrik dengan gearbox. Setahun kemudian, depa keluarkan RevoNex, konsep yang hampir sama tapi dalam bentuk motor nampak ‘naked’. Konsep-konsep ni muncul lagi kat EICMA show pada 2022 dengan gaya baru. Walaupun takde kat booth Kymco untuk 2023, RevoNex tetap jadi bualan.

“Kami nak jadi peneraju dalam revolusi elektrik, jadi kami nak explore peluang… itu salah satu kemungkinan,” kata pengerusi Kymco, Allen Ko bila ditanya pasal RevoNex kat EICMA 2023.

Menariknya, Ko tak malu mengaku buat motor elektrik seronok bukan perkara senang. Tapi, Kymco tetap semangat nak “Infuse excitement into an electric motorcycle, walaupun susah sikit.” Dia tambah lagi, “Kami berusaha bagi motor elektrik lebih personality.”

Bila tanya dia ni pasal RevoNex ke atau apa, Ko confirm projek ni masih berjalan, tapi dia stop sebelum bagitau lebih banyak. “Kami masih dalam proses. Saya nak stop…” katanya.

RevoNex asalnya nak masuk pasaran tahun 2021, tapi sampai tahun 2024, versi siap untuk beli masih tak keluar. Tapi, kalau benda ni keluar dan orang boleh beli (macam kata Ko, macam tu la), confirm motor elektrik ni jadi antara yang paling seronok!

Pakai gearbox manual ni yang buat RevoNex lain dari yang lain, janji lagi best bila ride berbanding moto elektrik lain. Walaupun ada potential interruption dalam power delivery sebab gearbox, RevoNex dijangka masih laju gila. Angka yang dulu diumumkan untuk konsep ni, cakap 3.9 saat untuk 0-100 kmh, dan 8.7 saat untuk 100-200 kmh.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube