Bikesrepublic

Motosikal 150cc Ke Bawah Dapat Pengecualian Duti Eksais Bermula 1 April

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pengecualian duti eksais 100 peratus bagi motosikal pemasangan tempatan (CKD) bawah 150cc.

Pengecualian itu akan dilaksanakan bermula 1 April hingga 31 Disember 2021.

Duti eksais merupakan cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport ke Malaysia lantas mampu memberi kesan terhadap penawaran harga yang ditetapkan untuk pasaran tempatan.

Namun, dengan wujudnya pengecualian ini, dijangka akan berlakunya penurunan harga bagi motosikal CKD.

Bagaimanapun, kerajaan menerusi sektor tertentu masih belum memaklumkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan ini.

Pengumuman pengecualian cukai ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada Rabu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube