Bikesrepublic

Panduan Motosikal Besar Honda Untuk Penunggang Baru!

 

  • Pada hari ini, kami akan bawakan satu panduan motosikal besar Honda yang berada di Malaysia istimew buat para penunggang baru.
  • Kebanyakan orang Malaysia sudah pasti tahu mengenai Boon Siew Honda (BSH), satu nama yang terkenal dengan motosikal dan skuter berkapasiti kecil. BSH juga ada menawarkan rangkaian motosikal berkapasiti besar.
  • Bermula dengan superbike Honda CBR1000RR yang begitu berkuasa sehinggalah cruiser Honda 500 Rebel, akan ada motosikal Honda yang bersesuaian untuk semua orang tidak kira penunggang baru atau veteran.

Sumber imej: www.ndtvimg.com

 

Kebanyakan orang dalam negara kita sudah pasti mengenali Boon Siew Honda (BSH) sebagai nama yang tidak asing lagi dalam dunia motosikal cub, moped, dan motosikal berkapasiti kecil. Bagi merekayang inginkan sesuatu yang lebih besar dari itu patut tahu bahawa BSH juga menawarkan rangkaian besar motosikal berkapasiti tinggi yang sesuai untuk mana-mana jenis penunggang bagi apa-apa jua keadaan penunggangan.

Dari motosikal jalanan, cruiser,hinggalah ke jentera hari litar yang terbaik, Honda sentiasa ada sesuatu untuk setiap orang. Untuk kali ini, kami akan menyenaraikan jenis-jenis motosikal yang boleh didapati dari Boon Siew Honda Malaysia.

MOTOSIKAL LUMBA / SUPERBIKE – CBR1000RR

Dianggap yang terbaik di antara yang terbaik apabila bercakap mengenai motosikal masa sekarang, motosikal lumba atau superbike adalah versi yang sah di atas jalanraya bagi motosikal perlumbaan yang digunakan oleh pengeluar untuk berlumba di atas litar di seluruh dunia.

Dipatenkan berdasarkan jentera perlumbaan jalanraya, jenis motosikal ini menawarkan aerodinamik yang terbaik dengan rupa luarannya yang anggun serta reraup penuh yang hebat. Motosikal Honda seperti Honda CBR1000RR Fireblade atau motosikal middleweight CBR650RR adalah antara motosikal yang sesuai untu perlumbaan atau hari litar.

Kebanyakan penunggang dapat memaksimakan prestasi motosikal yang sah di atas jalan raya ini dengan penggunaan terhad seperti untuk menyusuri jalan raya di bukit atau gunung pada hujung minggu. Motosikal-mottosikal sebegini tidak sesuai untuk penggunaan harian seperti berulang alik dari tempat kerja.

Walaupun terdapat penunggang yang menggunakannya dengan cara ini, ianya dinasihatkan untuk penunggang baru untuk tidak melakukannya kerana motosikal ini telah ditala dengan tindakbalas pendikit yang hebat, prestasi pembrekan serta keluaran tork dan kuasa.

Suspensi gred tertinggi diinspirasi dari perlumbaan pastinya cukup hebat di atas litar bagi mendapatkan perasaan maksima permukaan litar namun di atas jalan yang biasa, penunggang akan terasa setiap kecelaan jalan yang boleh memenatkan penunggang selepas menunggang dengan sementara.

https://youtu.be/9CUKgyqwKbk

Jadi, jika anda inginkan keseronokan muktamad apabila tibanya hari litar, berlumba atau menunggang pada hujung minggu, Honda CBR1000RR Fireblade mungkin sekali jentera yang sesuai untuk anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CBR1000RR, TEKAN SINI.

MOTOSIKAL JALANAN – CBR250R / CBR500R / CBR500F / CB650F / CBR650F

Salah satu jenis motosikal yang paling banyak dapat anda lihat di atas jalan raya pada hari ini adalah motosikal jalanan. Motosikal jalanan adalah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian yang dapat melaksanakan ke semua tugas secara baik dan ianya didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Persoalannya adalah sama ada anda menggemari motosikal naked atau yang ber-reraup penuh kerana Honda mempunyai KEDUA-DUANYA!

Apabila berkata mengenai BSH, mereka mempunyai rangkaian yang agak meluas untuk motosikal jalanan yang tersedia bersesuaian dengan penunggang baru mahu pun penunggang veteran. Dari motosikal tahap mulaan Honda CBR250R hinggalah ke rangkaian empat lejang Honda CBR650 pasti akan mengujakan mana-mana penunggang sama ada untuk berulang alik, penunggangan hujung minggu atau berseronok di atas litar.

Honda CBR250R adalah motosikal lumba 250cc tahap mulaan dari Honda yang telah dianggap sebagai salah satu pilihan yang terbaik yang ada di luar sana bagi mereka yang ingin menyemarakkan semangat untuk motosikal besar. Dengan dinamik pengendalian yang dipertingkatkan dan mudah untuk digunakan, CBR250R yang baru ini sesuai untuk sebarang jenis penunggangan sama ada untuk berulang alik harian ke tempat kerja atau tunggangan hujung minggu yang menyeronokan.

Berminat dengan Honda CBR250R? TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Honda CBR500R 2017

Motosikal-motosikal Honda seperti CBR500R dan CBR500F yang berada di rangkaian pertengahan cukup sesuai bagi penunggang baru yang ingin bertukar ke motosikal berkapasiti lebih tinggi tanpa terlalu diesak dengan kuasanya. Motosikal-motosikal ini direka dengan ergonomik yang baik yang tidak terlalu agresif yang menawarkan tahap keselesaan yang bagus. Aspek ini merupakan factor jualan utama memandangkan kebanyakan orang yang membeli motosikal ini akan menggunakannya setiap hari.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CBR500R dan CBR500F, TEKAN SINI.

Honda CBR650F 2017

Jika motosikal dwi-silinder 500c tidak mencukupi bagi anda, mungkin sekali bertukar ke Honda CB650F atau CBR650F empat silinder satu pilihan tepat buat anda. Kedua-dua jentera ini menawarkan pengalaman menunggang yang amat unik dengan runut bunyi enjin empat-sejajar yang menggetar jiwa, ditambah dengan kuasa yang menjadikan penunggangannya amat mengujakan.

Honda CB650F 2017

Beleklah rangkaian Honda 650 dengan menekan SINI.

JENTERA KEMBARA SUKAN – CB500X NC750X
Honda CB500X

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih istimewa, yang menawarkan keselesaan yang hebat walaupun ketika penunggangan jarak jauh boleh memilih sama ada Honda CB500X atau jentera yang lebih berkuasa, NC750X. Motosikal-motosikal lumba berorientasikan kembara ini didatangkan dengan rekaan anggun tetapi tetap menawarkan tahap keselesaan yang lebih baik buat penunggang serta pembonceng.

Penunggang yang ingin mengembara jarak jauh merentasi negara mempunyai pilihan pangkhususan yang lebih banyak dengan jentera kembara ini. Perkara seperti kedudukan menunggang, ketinggian pelana hingga ke kedudukan kaki, ke semua dapat diubah mengikut spesifikasi penunggang.

Honda CB500X juga merupakan satu pilihan yang amat baik untuk kegunaan berulang alik harian yang amat mudah untuk ditunggang walaupun selepas penat bekerja seharian. Keselesaannya serta dengan keluaran kuasa yang baik yang memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang, Honda CB500X pasti menjadi pilihan yang sesuai.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda CB500X.

Honda NC750X

Tercari-cari sesuatu yang lebih mengujakan? NC750X mungkin motosikal yang sesuai untuk anda. Ianya didatangkan dengan enjin selari sejukan cecair 745cc yang menghasilkan 54hp dan 68Nm tork. Dengan motosikal NC750X, pastinya anda ingin menunggangnya saban hari.

Bacalah dengan lebih lanjut mengenai NC750X dengan menekan  SINI.

CRUISER – REBEL 500

Bagi mereka yang inginkan yang terkini dalam pasaran cruiser Malaysia bolehlah mendapatkan Honda Rebel 500 2017, cruiser tahap mulaan dengan harga berpatutan yang amat hebat. Sebuah “Bobber” middleweight yang sudah pasti akan menghangatkan lagi kancah motosikal di dalam negara kita ini.

Apabila bercakap mengenai cruiser, motosikal-motosikal ini dibina dengan tujuan untuk bersiar-siar pada jarak jauh dengan kelajuan yang rendah. Seperti motosikal kembara, cruiser mengutamakan keselesaan berbanding kelajuan. Ianya selalu didatangkan dengan enjin yang besar yang telah ditala untuk kuasa yang terkawal. Dengan Rebel 500, ianya pilihan yang tepat bagi penunggang baru kerana sesetengah cruiser boleh mencapai sehingga 1,700cc dengan tanda harga yang besar.

Ciri yang paling menonjol pada sebuah cruiser adalah  fork hadapan yang panjang, atau ‘rake’ yang menawarkan lebih kawalan dan stability semasa perjalanan panjang di atas lebuhraya. Tahap keselesaan dipertingkatkan lagi kerana kebanyakannya dilengkapkan dengan ketinggian pelana yang lebih rendah yang membolehkan kawalan lebih hebat untuk penunggang walaupun pada kelajuan rendah.

Honda Rebel 500 menawarkan kuasa dan tork yang mencukupi bagi mengujakan mana-mana penunggang sama ada ke pejabat atau pun untuk ke destinasi penunggangan yang popular semasa tunggangan hujung minggu. Enjin dwi-silinder 471cc menawarkan versatiliti yang hebat tanpa perlu berbelanja dengan banyak kerana ianya diletakkan harga hanya lebih sedikit dari jumlah RM30,000.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda Rebel 500 terkini ini, TEKAN SINI.

MOTOSIKAL DWI SUKAN – CRF250 Rally / CRF250L

Bergembiralah para penggemar ‘off-road’! BSH baru-baru ini telah memberikan kami pratonton model dwi-sukan terbaru mereka, Honda CRF250 Rally dan CRF250L yang juga dikenali sebagai ‘dual-puprose bike’. Ini bermakna yang motosikal-motosikal ini mampu menangani jalan berturap dengan baik tetapi jika anda ingin menunggangnya untuk keriangan di atas tanah pamah, anda dapat melakukannya juga tanpa perlu membuat sebarang pengubahsuaian sekalipun.

Motosikal dwi-sukan adalah gabungan di antara ‘dirt bike’ dan motosikal kembara yang disatukan dengan ke semua ciri terbaiknya digabungkan. Dengan komuniti motossikal ‘off-road’ yang semakin berkembang dari hari ke hari, motosikal seperti CRF25o Rally dan CRF250L adalah penambahan yang baik yang dapat menangani sesi ‘off-road’ di samping mengekalkan statusnya sebagai kenderaan yang sah di atas jalan raya.

Dengan motosikal-motosikal ini, anda tidak perlu mengangkutnya di atas trak dan membawanya ke lokasi atau litar menunggang. Cukuplah dengan berpakaian lengkap, hidupkan motosikal itu dan tungganglah ia ke sana tanpa menghadapi sebarang masalah dari badan penguatkuasa apabila menunggangnya melalui jalan-jalan biasa.

https://youtu.be/56oPreVYpm8

Beleklah motosikal CRF250 Rally dan CRF250L dengan menekan SINI.

SKUTER – NSS300

Skuter adalah penginovasi masa lalu, penggerak masa kin dan jentera harian muktamad pada masa yang akan datang. Motosikal automatik ini tidak memerlukan sebarang pertukaran gear dan pilihan yang sempurna bagi menyusuri jalan-jalan bandaraya dengan mudah.

Bagi mereka yang perlu bergerak pada jarak yang lebih jauh tetapi masih menginginkan semua kebaikan yang disediakan oleh sebuah skuter bolehlah memilih saudaranya yang lebih besar, skuter maxi. Direka dengan kuasa lebih besar, skuter maxi cukup sesuai sekali untuk penunggangan jarak yang lebih jauh dan ianya didatangkan dengan tahap keselesaan dan kemudahan yang hebat.

Skuter maxi seperti Honda NSS300 merupakan sebahagian daripada rangkaian motosikal premium BSH yang didatangkan dengan ruangan simpanan yang besar, rekaan yang ringan, transmisi automatik untuk kesenangan ketika menunggang, malah terdapat port mengecas untuk mengecas semula peranti mudah alih anda ketika sedang dalam perjalanan.

Apa pun pilihan and, skuter Honda adalah jentera yang sempurna yang amat menyeronokan bagi semua peringkat umur dan penunggang. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai versi terbaru NSS300.

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan. Walaupun terdapat banyak lagi motosikal Honda yang terdapat di pasaran yang berbeza di seluruh dunia, motosikal yang telah kami senaraikan di atas boleh didapati sekarang atau pun bakal tiba di tanah air kita Malaysia dalam masa terdekat. Tidak kiralah apa jenis penunggang sekalipun, kami pasti yang pasti ada motosikal Honda untuk anda dan juga semua orang lain.

Walau apa pun yang menjadi kegemaran anda, Boon Siew Honda sedia untuk menyemarakkan lagi semangat anda kea rah impian dan menjadikannya reality permotosikalan yang hebat, atau seperti mana yang sering mereka katakana, “Passion towards Dreams”.

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube