Bikesrepublic

Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.

Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak.

Jentera ini adalah berasaskan motosikal, maka dapat dilihat pada ‘stereng’nya yang sama seperti bar pemegang motosikal. Kelebihannya adalah sistem audio siap dilengkapkan, malah lebih penting, berbumbung untuk mengelakkan habuk atau air masuk ke dalam kabin semasa memandunya (menunggangnya?).

EV-3 ini mampu memuatkan 3 penumpang dengan konfigurasi 1+2. 1 pemandu didepan dan 2 penumpang dibelakang.

Jentera unik ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 1,000watt yang mampu membawa berat keseluruhan termasuk penumpang sejumlah 500kg. Namun, dengan muatan penuh ini tidak dapat saya pastikan samada ia boleh bergerak untuk mendaki bukit (walaupun dalam brosur itu ada tertulis ‘strong’).

Menarik dan kini boleh ditempah dengan bayaran RM8,500.

Terus ke sumber asal untuk maklumat lebih lanjut: Malek Jakarullah

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube