Bikesrepublic

Motosikal MV Agusta baru diumumkan untuk tahun 2017, dua lagi untuk tahun hadapan

  • Tiga model baru dirancang untuk dua tahun mendatang
  • Satu kemungkinan besar adalah jentera empat silinder 1,200cc Brutale.

Selepas merentasi laluan beronak yang menyebabkan ketidakstabilan kewangan dan kembali, MV Agusta tetap teguh dalam usaha menghasilkan antara motosikal sports premium yang menjadi sebutan orang ramai. Dengan begitu banyak usaha pemerolehan daripada beberapa syarikat pada masa lalu, ianya kelihatan seperti pelaburan dari Black Ocean akan memastikan syarikat ini tidak akan menghadapi masalah dari segi kewangan.

Memandangkan mereka hanya menandatangani perjanjian dengan Black Ocean sekitar bulan November tahun lalu, ianya terlampau awal bagi mereka memperkenalkan jentera baru ini di EICMA 2016 kerana ianya berlangsung pada bulan yang sama. Sebaliknya mereka telah mempamerkan beberapa model yang telah diperbaharui untuk tahun 2017 seperti Brutale 800 RR, Brutale Dragster RC dan juga Turismo Veloce RR.

Usaha pembangunan Brutale empat silinder serba baharu ini tidak akan bermula dalam masa terdekat, kemungkinan sekali ianya akan bermula lewat tahun ini memandangkan pengilang dari Itali ini masih dalam usaha mengstabilkan syarikat. Usul bagi model baharu ini memeranjatkan sesetengah pihak kerana CEO bagi MV Agusta, Giovanni Castiglioni, sendiri telah menyatakan bahawa kos untuk membina superbike serba baru terlalu tinggi dan mereka tidak berkemampuan utntuk melakukannya pada masa ini.

Dengan penyelidikan dan pembangunan enjin empat silinder terbaru ini, ianya diharapkan bahawa enjin ini bukan sahaja cukup bagi menjana kuasa untuk Brutale terkini, tetapi juga untuk model-model yang lain yang direka untuk tujuan touring dan adventure riding. Buat masa sekarang, tiada lagi sebarang khabar berita berkenaan pengganti jentera MV Agusta F4.

Terdapat begitu banyak spekulasi berkaitan tentang apakah model terbaru yang akan diperkenalkan untuk dua tahun yang berikutnya. Firma dari Itali ini masih mempunyai Rivale, Stradale dan semestinya F4 yang amat memerlui penambahbaikan memandangkan tiada satu pun model-model berkenaan yang patuh Euro4. Ini bermakna hanya ada dua kemungkinan sahaja, sama ada model-model ini akan diganti atau pun dihentikan pengeluaran serta merta.

Walau apapun beritanya, MV Agusta kelihatan berada di landasan yang betul dengan sasaran jangka singkat yang berpatutan dan mudah dikawal. Kami yakin bahawa mereka berkebolehan dalam menghasilkan motosikal yang luarbiasa dan berharap syarikat ini dapat menstabilkan kewangannya.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube