Bikesrepublic

MV Agusta Malaysia Melancarkan MV Agusta Lifestyle Centre Baru Berdekatan Batu Caves, Selangor

 

  • Moto Varese Asiatic Sdn Bhd (MV Agusta Malaysia) baru-baru ini telah melancarkan MV Agusta Lifestyle Centre yang baru yang terletak di Amari Business Park berdekatan dengan Batu Caves, Selangor.
  • Pusat gayahidup/kedai konsep baru ini mengandungi bilik pameran MV Agusta dan juga pusat perkhidmatan untuk mengendali wilayah tengah Malaysia.
  • Bilik pameran terkini ini sedang menawarkan enam model termasuk Brutale 800, Brutale 1090, Brutale Dragster RR, Turismo Veloce, Turismo Veloce Lusso RC, dan F4RR.


Moto Varese Asiatic Sdn Bhd (MV Agusta Malaysia) yang baru-baru ini telah dilantik sebagai satu-satunya pengedar dan pemasang di dalam Malaysia telah secara rasminya melancarkan MV Agusta Lifestyle Centre pada hari Ahad yang lalu. Bilik pameran, kedai konsep, dan pusat perkhidmatan terbaru ini terletak di Amari Business Park yang berdekatan dengan Batu Caves, Selangor.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Yang Bahagia Dato’ Ir. Haji Mohamad Bin Dalib bersama dengan Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Cik Hu Ying dan tetamu jemputan, Encik Raffaele Giusta, Pengarah Jualan dan Pemasaran, MV Agusta Motor S.p.A.

Pengarah Pengurusan Moto Varese Asiatic, Encik Muhamad Zamry Abu Samah menyebut, “Buat masa kini terdapat enam buah model terbaru yang boleh didapati dan akan ada enam lagi model yang akan tiba sebelum berakhirnya tahun ini, untuk melengkapkan rangkaian.”

“Walaubagaimanapun, ianya tidak termasuk edisi terhad yang akan disediakan dengan tempahan istimewa. Model yang tersedia adalah unit CKD seperti Brutale 800, Brutale 1090, Brutale Dragster RR, Turismo Veloce, Turismo Veloce Lusso RC, dan F4RR. Harganya bermula dari RM90,000”.

Ketika pelancaran itu, MV Agusta Lifestyle Centre turut juga memperkenalkan model terkini MV Agusta Brutale 800 Dragster RR untuk kali pertama di tanah air kita. Motosikal ini telah membuat kemunculan sulungnya di pertunjukan EICMA yang telah diadakan pada tahun lalu di Milan, Itali.

Ahli terbaru dalam keluarga Brutale ini telah dijana oleh enjin tiga sejajar 798cc yang patuh Euro4 yang menghasilkan sejumlah 140hp pada 13,100rpm dan 68Nm tork pada sebaik sahaja mencecah 10,100rpm.

Bagi mengawal dan menjinakkan kuasa dan tork motosikal Dragster 800 RR ini, ianya dilengkapi dengan sistem pengurusan enjin ‘ride-by-wire’ sepenuhnya MVCIS generasi kedua yang terdiri daripada lapan tahap campurtangan kawalan traksi yang berbeza.

Walaupun dengan sistem baru ini menjadikan Dragster terbaru ini lebih mudah untuk dijinakkan, ianya tidak bermakna yang faktor keseronokkannya telah dikurangkan. Dengan quickshifter bantuan elektronik generasi kedua MV Agusta, ia membolehkan anda merentasi jangkauan gear tanpa perlu menggunakan tuil klac walaupun untuk menurunkan gear.

Kami telah dimaklumkan bahawa Dragster RR terbaru ini mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 245km/j namun dengan segala kelengkapannya dan dengan berat bersih hanya pada 168kg, mencapai kelajuan tertinggi itu pasti cukup mudah sekali.

Ianya juga turut dinyatakan oleh Encik Zamri yang dia serta pasukannya akan meletakkan lebih banyak penekanan kepada mempertingkatkan lagi
perkhidmatan selepas jualan jenama itu dan juga harga kelengkapan bagi memastikan yang para pemilik semasa serta bakal pemilik pada masa hadapan motosikal MV Agusta tidak terlalu dibebankan terutamanya dengan khabar angin yang mengatakan kos memiliki sebuah motosikal MV Agusta akan membebankan kewangan anda.

Pada masa yang terdekat ini akan menyaksikan lebih banyak bilik pameran/pusat gayahidup yang akan dibuka terutamanya di Johor Bahru, Johor dan Kota Bharu, Kelantan. Terdapat juga rancangan untuk memperluaskan lagi kehadiran MV Agusta di Sabah dan Sarawak seawal 2018.

Untuk mengetahui dengan lbih lanjut mengenai motosikal-motosikalnya, anda bolehlah mengunjungi MV Agusta Lifestyle Centre yang akan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube