Bikesrepublic

MV Agusta Lucky Explorer 5.5 Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Umum sedia maklum bahawa jenama MV Agusta sah kembali ke Malaysia menerusi MV Agusta Malaysia Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat AFY Mobility Sdn Bhd (AMI) yang diterajui Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya. 

Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov juga memaklumkan bahawa segala model MV Agusta akan dipasang di kilang pemasangan Glenmarie, Shah Alam. 

Ini bermakna, model MV Agusta yang bakal dilancarkan di Malaysia merupakan pemasangan tempatan (CKD). 

CKD pastinya langkah terbaik bagi memasarkan motosikal jenama premium dari Itali itu pada harga yang lebih kompetitif. Namun sebagai jenama premium, kami tidak jangkakan model MV Agusta yang dijual disini nanti datang dengan harga murah.

Tidak dinafikan, model F3, Turismo Veloce dan Brutale antara yang dijangka akan dilancarkan disini. 

Namun, apa yang mencuri tumpuan kami adalah model 550cc hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycles (QJMotor), MV Agusta Lucky Explorer 5.5.

*MV Agusta Lucky Explorer 9.5

Untuk rekod, MV Agusta mendedahkan Lucky Explorer 5.5 bersama Lucky Explorer 9.5 sewaktu di pameran EICMA, tahun lalu. 

Bagaimanapun, Lucky Explorer 5.5 paling mencuri tumpuan ekoran menjadi usaha MV Agusta untuk menawarkan model yang lebih mampu milik untuk pasaran global termasuk di Asia.

*MV Agusta Lucky Explorer 5.5

Dengan pelantikan MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama Itali itu, besar kemungkinan model tersebut, yang dijangka diperkenalkan lewat tahun ini akan turut mendapat tempat di Malaysia.

Lucky Explorer 5.5 ini digerakkan enjin 550cc parallel-twin yang diambil daripada Benelli TRK 502 namun MV Agusta telah membesarkan bore dan stroke kepada 70.5mm x 71mm dari 69mm x 66.8mm.

Meskipun bernadikan enjin dan kerangka yang sama dari TRK 502 namun rekaan keseluruhan Lucky Explorer 5.5 lebih menarik di samping disertakan spesifikasi lebih tinggi antaranya kaliper brek Brembo.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan