Bikesrepublic

MV Agusta Superveloce 800 2020 Dilancarkan Di Eropah- RM98,000!

Awal tahun ini, MV Agusta telah berkongsi beberapa imej Superveloce 800, sportsbike segmen pertengahan dengan enjin 799cc.

Kini, pengeluar motosikal premium Itali itu berkongsi spesifikasi dan maklumat terperinci mengenai model tersebut.

MV Agusta Superveloce 800 didatangkan dengan nadi sama yang terdapat pada F3 dengan enjin 3-inline yang menghasilkan 148hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,600rpm hasil bantuan 12 valve titanium.

Menariknya, MV Agusta turut menawarkan kit ‘race’ yang akan meningkatkan kuasa ke 153hp pada 13,250rpm.

Rekaan unik yang terdapat pada Superveloce 800 tertumpu kepada rekaan lampu bulat LED di bahagian depan yang seakan menonjolkan lagi elemen klasik.

MV Agusta turut mendakwa telah melaksanakan pemetaan baharu terhadap sistem enjin bagi menjaminkan kuasa yang lebih responsif.

Terdapat beberapa kemaskini elektronik yang terdapat pada F3 turut diperkenalkan pada Superveloce antaranya:

  • empat tetapan enjin – Sport/Race/Rain/Custom
  • quickshifter MV EAS 2.1
  • sistem traction control (8 peringkat)

Fork depan menggunakan jenama Marzocchi sementara Sachs membekalkan penyerap hentakan belakang sementara sistem membrek menggunakan pakai Brembo 4 piston 34mm dengan cakera brek berukuran 320mm dan kaliper belakang 2 piston dengan brek cakera 220mm.

Pada masa sama, sistem ABS Bosc 9 Plus dengan mod Race berfungsi dengan memastikan tayar belakang tidak terangkat ketika menekan brek.

Sementara itu, MV Agusta turut menawarkan varian premium menerusi Serie Oro yang menggunakan fairing gentian karbon di samping penutup petrol yang direka khas yang digabungkan dengan kemasan kulit.

MV Agusta Superveloce 800 ditawarkan dengan harga EUR19,000 (RM98,237) manakala Siri Oro EUR24,190 (RM119,415).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube