Bikesrepublic

Nor Shamira Pelumba Wanita Tunggal Berjaya Lintas Garis Penamat Rimba Raid 2022

Rimba Raid 2022 telah berlangsung dengan jayanya di Taman Negara,Kuala Tahan, Pahang pada Sabtu lalu.

Perlumbaan sejauh 158km itu menyaksikan 226 pelumba bersaing dalam kategori masing-masing bagi merebut takhta selaku pelumba ‘off-road’ terbaik di Malaysia.

Meskipun rata-rata kategori didominasi pelumba Thailand namun beberapa nama tempatan turut membanggakan nama Malaysia menerusi Mohd Zulkarnain Tahir yang menjuarai kategori Class C- Enduro Rally manakal Alan Ng berjaya mendapat tempat ketiga dalam Class A. 

Namun, turut mencuri tumpuan adalah pelumba wanita negara, Nor Shamira Azhar yang muncul pelumba wanita tunggal (daripada empat pelumba wanita lain) yang berjaya menamatkan perlumbaan ekstrim tersebut.

Menurut pihak penganjur, Nor Shamira berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh 4 jam 17 minit sekaligus meletakkannya di tempat ke-56 keseluruhan di kalangan 226 peserta. 

Dia juga menduduki tempat ke-21 di antara 38 pelumba di dalam Kelas C.

Untuk rekod, Nor Shamira sepatutnya beraksi di Class B dan menunggang jentera KTM 790 Adventure namun kecederaan bahu dialami lebih awal memaksanya berpindah ke Class C – Enduro Rally dan menungggang KTM 250 EX/C TPi.

Senario itu menjadikan pencapaian Nor Shamira di Rimba Raid lebih mengagumkan kerana beraksi dalam keadaan bukan 100 peratus cergas.

Meskipun begitu, penghargaan harus diberiken kepada tiga lagi pelumba wanita lain – termasuk seorang wakil Thailand – atas kecekalan mereka untuk beraksi di Rimba Raid 2022.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube