Bikesrepublic

Op Selamat: PDRM Akan Tahan Pengguna Jalan Raya Miliki Waran Tangkap

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan pengguna jalan raya yang didapati memiliki waran tangkap lampau sewatku pelaksanaan Op Selamat bermula 29 April hingga 8 Mei 2022.

Operasi yang akan berjalan selama 10 hari itu menyaksikan polis akan membawa individu dengan waran tangkap ke balai polis berhampiran manakala pengguna jalan raya dengan saman tertunggak akan diminta jelaskan saman.

“Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak,” jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Razarudin turut memberitahu pihaknya akan menggerakan penggunaan alat pengesanan had laju (In-Car Radar) di sepanjang lebuh raya dan jalan utama.

“Alat ‘In-Car Radar’ ini akan membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang terbabit dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis,” tambahnya.

PDRM menjangkakan terdapat lebih dua hingga empat juta kenderaan bakal memenuhi lebuh raya sempena perayaan Aidilfitri kali ini. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan