Bikesrepublic

Outlet Terbaru Dainese di Pulau Pinang Sedia Untuk Menerima Pelanggan

Dainese, jenama pakaian pelindung motosikal legenda dari Itali nampaknya sedang berkembang pesat di Malaysia.

Kini di bawah naungan Ten Thousand Holdings Sdn Bhd, pengimport dan pengedar Dainese di Malaysia, jenama ikonik ini kini lebih mudah diakses oleh peminatnya berbanding sebelum ini.

Jenama ini telah berkembang melangkaui cawangan di Petaling Jaya, dengan pembukaan cawangan terbarunya di Pulau Pinang.

Terletak di 15, Lorong Setia Sentral 1, Pusat Perniagaan Setia Sentral, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, cawangan ini menawarkan sesuatu untuk setiap jenis penunggang.

Daripada peminat litar lumba hingga peneroka dunia yang menemui ketenangan di jalan raya berbanding keselesaan rumah, cawangan Dainese Pulau Pinang adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh setiap penunggang.

Berminat, inilah lokasi kedai Dainese terbaru yang berada di Pulau Pinang dan inilah nombor telefon mereka untuk maklumat lanjut: 045057295

Atau boleh nonton video di bawah untuk lokasi yang lebih tepat:

Kalau nak imbas dulu sebelum ride ke situ, kami dah siapkan galeri gambar di bawah, atau boleh klik sini untuk shopping online.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube