Bikesrepublic

Pamah Garam Bonneville Perlukan Pemuliharaan Segera

Indian Munro Racer
  • Pamah Garam Bonneville di Utah, Amerika Syarikat telah menjadi tapak di mana pelbagai rekod kelajuan telah dicipta dan dipecahkan.
  • Pamah garam ini mulai mengecil sejak tahun 60-an hingga ke hari ini.
  • AMA (American Motorcyclist Association) telah memulakan satu kempen melobi tindakan.

Kita semua pasti pernah menyaksikan pelbagai video dan gambar motosikal, kereta, dan berbagai jenis kenderaan meluncur laju di atas dataran garam putih melepak yang melekat pada tayar dan rodanya di Pamah Garam Bonneville, dalam usaha mereka mencipta rekod kelajuan baharu.

Lantai lautan purba yang telah kering ini menjadi tapak di mana tidak terkira banyaknya rekod kelajuan muka bumi telah dicipta, selalunya sewaktu “Bonneville Speed Week”.

Indian Munro Racer dalam usaha mencipta rekod

Namun begitu, permukaannya telah ketara menyusut sejak beberapa dekad yang lalu. Ahli pakar mempercayai bahawa kerak garam telah mengeluwap dan kehilangan kira-kira 50 tan metrik garam di antara tahun 1960 hingga 1980. Ianya amat mengejutkan apabila kita membuat perbandingan antara gambar satelit lama dan baharu pamah garam tersebut.

Gambar satelit Pamah Garam Bonneville sekitar tahun 1970

Walaupun ianya agak benar bahawa jumlah besar kenderaan yang merentasi pamah garam tersebut mungkin menyebabkan permukaannya merosot, penyumbang terbesar kepada kemusnahannya adalah pengekstrakan air garam untuk penghasilan garam makanan.

Para pakar juga turut mengesyorkan pelaksanaan tindakan, namun tindakan tersebut perlu dirancang dengan teliti, memandangkan persekitarannya yang rapuh. AMA (American Motorcyclist Association) telah memaklumkan yang ujian yang dijalankan oleh BLM dan sebuah syarikat perlombongan telah menunjukkan bahawa pengepaman semula air garam ke atas pamah garam mungkin dapat mengembalikan ketebalannya.

Gambar satelit Pamah Garam Bonneville pada tahun 2018

Projek ini memerlukan jumlah wang yang amat banyak, dan kelulusan daripada Kongres. Atas sebab inilah AMA sedang merayu warga awam dan juga penggemar sukan permotoran di Amerika Syarikat untuk melobi pihak kerajaan.

Di mana sebelum ini para pelumbalah yang telah melumbai masa di atas pamah garam Bonneville, kali ini, tiba giliran pamah garam tersebut melumbai masa, dan kita semua perlu melakukan segala yang mampu bagi memastikan yang ianya berjaya. Mari kita berdoa agar usaha AMA dan orang ramai yang melobi tujuan ini membuahkan hasil.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan