Bikesrepublic

Paten Baharu Sahkan Aprilia RSV4 Dinaik Taraf Dengan Sistem VVT

Aprilia RSV4 generasi terbaru akan dinaik taraf dengan sistem ‘variable valve timing’ seperti yang disahkan paten terbaru yang difailkan syarikat induk, Piaggio Group.

Sistem VVT bukanlah perkara baharu bagi pengeluar motosikal dunia antaranya Ducati, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki.

Namun Suzuki merupakan pengeluar yang unik ekoran jenteranya, GSX-R1000 mengguna pakai sistem VVT mekanikal.

Berdasarkan paten dikongsikan, lakaran VVT itu kelihatan diguna pakai pada enjin V4 Aprilia yang ketika ini menggerakkan RSV4 1100 dan Tuono 1100. 

Untuk rekod, VVT merupakan teknologi yang digunakan pada enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi menukar perwatakan enjin mengikut kadar kelajuan. Hasilnya, enjin lebih agresif pada kelajuan tinggi namun lancar pada kelajuan rendah.

Menariknya, sistem yang dibangunkan Piaggio tidak menggunakan elektronik sebaliknya bergantung kepada ‘daya sentrifugal’ (centrifugal force) untuk menggerakan tiga ‘ball bearing’ yang diletakkan pada ‘drive wheel’ di ‘intake camshaft’. 

Lantasan itu, sistem VVT Piaggio menggambarkan konsep sama yang diguna pakai Suzuki. Namun, Suzuki menggunakan 12 ‘ball bearings’ berbanding hanya tiga. 

Usaha itu berkemungkinan bagi memastikan kos pengeluaran berada pada tahap minimum. 

Namun begitu, belum dapat dipastikan bilakah sistem VVT ini akan mula diterapkan pada model Aprilia mahupun Moto Guzzi. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan