Bikesrepublic

Paten Dedah Honda Bangunkan CRF1100L Africa Twin Versi Turbo

Honda CRF1100L Africa Twin bakal dapat suntikan turbo berdasarkan paten terbaru difailkan pengeluar motosikal Jepun itu.

Africa Twin merupakan motosikal segmen adventure dengan enjin silinder berkembar 1,083cc yang menawarkan 98hp pada 7,500rpm dan 103Nm pada 6,000rpm.

Namun jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmennya, BMW R 120 GS dan Ducati Multistrada V4 menawarkan kuasa yang lebih tinggi dengan 134hp dan 170hp.

Dalam usaha untuk mengejar kuasa yang lebih tinggi, Honda sedang membangunkan varian lebih berkuasa bagi Africa Twin sedia ada.

Berdasarkan paten yang didedahkan, pengeluar motosikal Jepun itu telah memuatkan turbocharger dalam bentuk twin screw compressor yang diletakkan di atas kotak gear dan menggunakan dua penyuntik (injectors) bagi setiap silinder.

Ketika supercharger pada Kawasaki H2 dan Z H2 yang menghasilkan rev tinggi ketika di pertengahan, fungsi turbocharger Honda pula memfokuskan kehadiran tork ketika di rev rendah.

Sistem turbocharger ini juga akan meningkatkan keupayaan ‘touring’ jarak jauh Africa Twin.

Bagaimanapun, varian Turbo ini dijangka tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat kerana masih berada dalam peringkat awal pembangunan.

Sebaliknya, Honda terlebih dahulu dicanang akan memperkenalkan Transalp yang akan didedahkan secara rasmi di EICMA tahun ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan