Bikesrepublic

Aprilia RSV4 RF Dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 Dilancarkan! Dari RM104,251

 

  • Naza Premira Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan motosikal Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 semalam.
  • Pelancaran itu telah diadakan di satu sesi ‘meet & greet‘ pasukan Aprilia Racing Team Gresini bersama dengan penunggang MotoGP mereka, Sam Lowes.
  • Motosikal RSV4 RF 2017 telah dinilai pada harga RM121,571 manakala motosikal Tuono 1100 V4 Factory 2017 pula pada harga RM104,251 (harga asas beserta GST).


Bersempena dengan pusingan Shell Malaysia MotoGP yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, Naza Premira Sdn. Bhd., pengedar tunggal bagi motosikal Aprilia di Malaysia telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan dua motosikal terbaru mereka dalam rangkaian semasa. Motosikal-motosikal ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Aprilia RSV4 RF 2017 dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017.

Pelancarannya telah diadakan sewaktu sesi ‘meet & greet‘ pasukan Aprilia Racing Team Gresini semalam di Hotel Sama-Sama yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelancaran motosikal-motosikal ini telah dirasmikan oleh penunggang pasukan penngilang MotoGP mereka, Sam Lowes bersama dengan pengurus pasukan di hadapan para peminat dan pemilik Aprilia.

Aprilia RSV4 RF 2017 – RM127,571 (harga asas beserta GST)

Dianggap oleh ramai pihak sebagai salah sebuah motosikal superbike terbaik dunia, motosikal RSV4 RF terbaru ini adalah contoh utama bagi rekaan perlumbaan dan prestasi. Memiliki intipati sejarah Aprilia gemilang serta kejayaan mereka dalam dunia perlumbaan, motosikal RSV4 terbaru mereka ini adalah kemuncak bagi motosikal jalan raya yang padat dengan kelengkapan perlumbaan yang canggih.

Dijana oleh Enjin DOHC , sejukan cecair, 999.6cc V4, motosikal RSV4 ini menghasilkan sejumlah 201hp pada 13,000rpm yang lengkap dengan segala perincian. ‘Ride-by-Wire’, mod tunggangan boleh pilih, pakej suspensi Ohlins boleh laras sepenuhnya, roda tempa yang ringan dan kemasan grafik Superpole adalah sebahagian daripada perincian yang menjadikan motosikal RSV4 RF ini cukup menggiurkan.

Dianugerahkan “Best Sportbike of the Year” 2017 dari Motorcycle.com, motosikal Aprilia RSV4 RF 2017 ini dinilai pada harga RM127,571 (harga asas beserta GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 – RM104,251 (harga asas beserta GST)

Lebih gemarkan motosikal yang agak naked? Tetapi tidak ingin mengorbankan kuasa dan keterujaan sebuah motosikal RSV4 RF? Motosikal Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 terkini pasti akan membuatkan anda tergoda.

Dilengkapi dengan teknologi perlumbaan yang sama digunakan untuk membina motosikal RSV4 RF, ianya didatangkan dengan sebuah enjin DOHC, sejukan cecair, 1077cc V4 yang menghasilkan 175hp pada 11,000rpm dan 121Nm tork maksima pada 9,000rpm.

Dilengkapkan dengan pakej suspensi boleh laras sepenuhnya Ohlins yang sama, motosikal Tuono 1100 V4 Factory yang terbaru ini telah diperhaluskan lagi dengan pakej elektronik terkini Aprilia. Ini termasuklah sistem APRC (Aprilia Racing Performance Rid Control) yang terdiri daripada kawalan cengkaman, bersiar, mulaan, dan ‘wheelie‘ beserta dengan kotak gear elektronik, pengehad pit, ABS menyelekoh, dan pelbagai lagi ciri-ciri yang menawan.

Diletakkan pada tahap harga RM104,251 (harga asas beserta GST), generasi terbaru motosikal Tuono 1100 V4 Factory ini dianggap oleh kebanyakan orang sebagai motosikal naked/streetfighter terbaik dengan pelbagai anugerah sebagai buktinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 ini, TEKAN SINI.


GALERI GAMBAR APRILIA RSV4 RF 2017


GALERI GAMBAR APRILIA TUONO 1100 V4 FACTORY 2017

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube