Bikesrepublic

Pelancaran Rasmi Royal Enfield Super Meteor 650 Di Malaysia 29 Julai Ini

Royal Enfield Malaysia bakal melancarkan Royal Enfield Super Meteor 650 pada 29 Julai ini di Art Of Speed 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang. 

Pelancaran Super Meteor 650 itu amat dinantikan peminat cruiser klasik tempatan yang telah mengharapkan berita baik itu hadir sejak membuat penampilan sulung di EICMA pada penghujung tahun lalu. 

Super Meteor 650 merupakan model ketiga yang digerakkan enjin parallel-twin 650cc keluaran Royal Enfield selepas Continental GT dan Interceptor. 

Meskipun dihidupkan enjin sama namun Super Meteor 650 dibangunkan dengan pelbagai komponen berbeza termasuk kerangka baharu, geometri suspensi yang berbeza, tangki yang direka semula serta swingarm serba baharu. 

Pada masa sama, Super Meteor 650 juga merupakan model 650cc pertama yang dilengkapi dengan lampu LED penuh dan fork jenis USD. Bagaimanapun, ergonomik dan reka bentuk Super Meteor 650 ini mirip dengan Meteor 350. 

Bagi pasaran global, Super Meteor 650 ini tampil dengan dua varian; Standard dan Tourer namun belum dipastikan sama ada kedua-dua varian ini akan dipasarkan di sini. 

Apa pun, nantikan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia pada 29 Julai ini. Seperti biasa, nantikan laporan penuh dari kami. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube