Bikesrepublic

Pelumba Tempatan Kembali Barisi Petronas SRT 2022

Demikian pendedahan dibuat prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali.

Dia menganggarkan sekurang-kurangnya seorang pelumba tempatan dijangka sertai pasukan dalam kelas Moto2 atau Moto3 pada 2022.

Senario itu dijangka berlaku selepas mengambil kira pelumba tempatan yang ketika ini sedang beraksi di Kejuaraan CEV Repsol.

*Kejuaraan CEV Repsol

“Tahun ini mereka belum bersedia lagi. Mereka diberi satu tahun lagi untuk selesakan diri di kejuaraan CEV dan melakukan yang terbaik,” kata Razlan.

Pada masa sama, Razlan menyifatkan adalah penting untuk pelumba tempatan di CEV mencapai sasaran yang ditetapkan terlebih dahulu.

“Cuba capai sasaran ditetapkan, selepas tercapai baru boleh menyenaraikan mereka ke kejuaraan dunia bersama pasukan Moto2 atau Moto3.

“Itu harapan kita,” tambahnya.

Razlan juga tidak berselindung sekiranya mereka mampu mencapai sasaran, tahun 2022 bakal menyaksikan minimum seorang pelumba tempatan di Moto2 atau Moto3.

Ketika ini, tiga pelumba tempatan sedang beraksi di CEV, Adam Norrodin di Kejuaraan CEV Moto2 Eropah, Syarifuddin Azman di Kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia serta Muhammad Sharul Ezwan Sharil di European Talent Cup.

*Adam Norrodin bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team

Di antara ketiga-tiga calon itu, Adam merupakan paling berpengalaman selepas pernah beraksi di kelas Moto3 dan Moto2.

Dia kini menghuni tempat ketujuh kejuaraan CEV Moto2 Eropah dengan berbaki dua pusingan lagi di Litar Ricardo Tormo pada 31 Oktober dan 1 November ini. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan