Bikesrepublic

Pemandu Bas Cabut Lari Tinggalkan Penumpang, Dapur Syabu Dijumpai

Dua orang pemandu sebuah bas melarikan diri daripada bas yang dipandunya ketika menemui sekatan jalan raya. Sebelas penumpang di dalam bas tersebut terpaksa menanggung akibat tergendala perjalanan mereka.

Bas itu berada di dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dan sedang menuju ke Nibong Tebal, Pulau Pinang, apabila dihentikan untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh pihak berkuasa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RRC) Gopeng, semalam.

Sebelas penumpang sebuah bas ekspres terpaksa menunggu lama apabila pemandu bas serta pemandu keduanya ‘lesap’ dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan operasi bersepadu pihak berkuasa di , di sini, malam tadi.

Pegawai-pegawai polis kemudiannya menaikki bas tersebut untuk membuat pemeriksaan dan menjumpai alat menghisap syabu di dalam beg di tempat duduk pemandu. Polis berkata terdapat sisa dadah yang dipercayai baru saja digunakan.

Bas berhenti ketika jam 10.30 malam dan kedua-dua pemandu tidak muncul setakat 11.55 malam. Tindakan pemandu bas itu yang memberhentikan kenderaannya berhampiran tandas awam di hentian RTC turut mengakibatkan sedikit kesesakan kerana menghalang laluan kenderaan berat lain.

Keratan akhbar tidak menyatakan nasib penumpang bas itu seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, operasi itu julung kali diadakan bertujuan memantau semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.

Katanya, operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyasarkan kenderaan perdagangan, membabitkan 144 kekuatan anggota dan 10 agensi penguat kuasa.

“Operasi fokus kepada pemantauan kenderaan perdagangan di kawasan RTC Gopeng. Ia salah satu program yang kita anjurkan bersama dengan agensi atau rakan strategik MKN,” katanya. Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad.

Mohd Zawawi berkata, operasi bermula jam 8.30 malam dan berakhir 12 tengah malam menghasilkan sebanyak 61 saman dikeluarkan oleh JSPT Perak, membabitkan pemeriksaan ke atas 155 kenderaan perdagangan yang merangkumi 145 lori, enam van, serta empat bas.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan