Bikesrepublic

Pemandu Mabuk Langgar Pagar, Tampar Anak Orang Sebelum Lawan Arus Di SKVE

Pemandu Bezza yang tular di media sosial dengan memandu lawan arus di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang semalam didapati telah membuat onar di rumah orang sebelum itu.

Insiden tersebut telah berlaku di Taman Rambai Indah sekitar jam 11.30 pagi dan pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dilakukan individu sama yang memandu lawan arus di SKVE.

Suspek pandu kereta lawan arus sudah ditahan Rujuk post sebelum ini ➡️…

Posted by Inforoadblock on Monday, 11 April 2022

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu berusia 57 tahun di Jenjarom yang mengatakan seorang lelaki tidak dikenali berada di hadapan rumah dalam keadaan mabuk.

Suspek telah membuat bising sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan memegang pisau serta botol minuman keras.

Suspek juga cuba memasuki perkarangan rumah pengadu namun berjaya dihalau sebelum kembali semula dengan memandu Perodua Bezza lalu merempuh pintu pagar rumah.

“Suspek keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam rumah sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan pengadu.

“Semasa pertengkaran, suspek menampar anak lelaki pengadu menyebabkan mangsa cedera pada muka, selain pengadu turut mengalami kerugian akibat kerosakan pintu pagar dianggar RM1,800,” jelas Ahmad Ridhwan.

Suspek ketika ini telah pun ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pemandu Perodua Bezza tersebut dirakam melawan arus dengan laju dan telah melanggar penunggang motosikal dekat Plaza Tol Teluk Panglima Garang menghala Pulau Indah. – Kosmo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan