Bayaran tempat letak kereta di seluruh negeri Selangor akan beralih kepada pembayaran digital (e-kupon) berkuat kuasa 1 April (esok).
Susulan pelaksanaan itu, orang ramai diminta untuk memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi memudahkan urusan pembayaran.
Aplikasi SSP itu boleh dimuat turun menerusi Google Playstore, Appstore dan Huawei AppGallery.
Sementara itu, pemegang kupon parkir yang masih mempunyai nilai baki perlu mendaftar sebagai pengguna SSP agar baki boleh dipindahkan kepada kredit.
Difahamkan, aplikasi SSP telah membantu menjimatkan penggunaan kertas hingga 1 juta kilogram sejak diperkenalkan pada 2018.
Setakat ini, terdapat 1.9 juta pengguna berdaftar SSP.