Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan tempatan berpangkat Datuk, pada Selasa.
Lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan bersama isteri, 55 dan anak lelaki, 26 tahun di kediaman mereka di Shah Alam.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
12 Oktober lalu, MYAirline telah menggantungkan operasi penerbangan dengan serta-merta dengan alasan mengalami “cabaran kewangan signifikan”. – Berita Harian