Bikesrepublic

Perodua Atasi Sasaran Jualan Dengan 220,154 Unit Terjual Pada 2020

Perodua berjaya rekod 220,154 unit penjualan kenderaan pada tahun 2020 sekaligus atasi sasaran awal sebanyak 10,154 unit.

Meskipun pengeluaran dihentikan pada Mac hingga Mei 2020 namun inisiatif pengecualian cukai jualan diperkenalkan kerajaan memberi impak positif terhadap penjualan Perodua.

*Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad turut meluahkan rasa terima kasih terhadap kejayaan Perodua bagi tahun 2020.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Perodua dan kepada pihak kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan di bawah program PENJANA bagi mengekalkan momentum jualan industri automotif,” jelasnya.

Perodua turut mengukuhkan status selaku pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan satu juta unit diserahkan kepada pelanggan.

Sementara itu, Dato’ Zainal turut mengjangkakan 2021 sebagai tahun lebih baik bagi jenama kereta nasional kedua negara itu.

“Kami menjangkakan tahun yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi dengan vaksin yang baru dikeluarkan. Kami akan mengumumkan sasaran 2021 kami pada masa yang terdekat,” tambahnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube