Bikesrepublic

Pesara Jerman menyimpan kereta kebal di ruang bawah tanah, peguam buntu

Peguam di Jerman buntu bagaimana hendak selesaikan kes seorang pesara yang menyimpan kereta kebal, senjata anti-pesawat dan torpedo Perang Dunia Kedua di ruang bawah tanah rumahnya.

Kesemua barangan itu telah dikeluarkan dari rumahnya yang terletak di Heikendorf pada tahun 2015 dengan bantuan tentera.

Pendakwa dan peguam bela kini merundingkan hukuman yang mungkin dilaksanakan, termasuk hukuman tertangguh dan denda hingga €500,000 (RM2.5 juta).

Defendan yang berumur 84 itu juga perlu mencari tempat lain untuk meletakkan barangan itu.

Menurut peguamnya, terdapat museum di Amerika Syarikat yang berminat membeli kereta kebal Panther itu.

Ramai ahli sejarah mengatakan kereta kebal itu merupakan kenderaan sepertinya yang paling efisyen ketika Perang Dunia Kedua.

Peguamnya juga mengatakan bahawa ramai pengumpul tempatan telah mendekati defendan untuk membeli barangan lain seperti senapang serangan dan pistol.

Dalam perbicaraan semalam di Kiel, peguam-peguam cuba untuk memastikan jika koleksi ketenteraan pesara itu melanggar Akta Senjata Perang Jerman.

Akta ini menyelia pengeluaran, penjualan dan pengangkutan senjata perang.

Pihak tertuduh berhujah kebanyakan senjata itu tidak lagi berfungsi, dan kereta kebal itu juga dibeli sebagai skrap, dan mereka bersedia untuk membayar denda lebih murah, sebanyak €50,000 (RM249,379).

Sementara itu, pihak pendakwa pula berkata sebahagian daripada senjata dan peluru itu masih boleh digunakan.

Pada Julai 2015, 20 orang tentera telah mengambil masa hampir sembilan jam untuk mengeluarkan kereta kebal Panther itu – yang tanpa trek – daripada ruang bawah tanah dan menolaknya ke atas jentera untuk diangkut pergi.

Pihak berkuasa tempatan mengetahui kandungan ruang bawah tanah itu setelah diberitahu oleh rakan sekerja mereka di Berlin yang terdahulu menggeledah rumah itu untuk mencari karya seni Nazi yang dicuri.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada Rabu, dan keputusan dijangka akan dibuat bulan depan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube