Bikesrepublic

Pintu Petronas SRT Masih Terbuka Buat Hafizh Syahrin – Razlan Razali

Syaratnya, Hafizh Syahrin perlu memenuhi kriteria dengan menamatkan saingan Moto2 musim 2020 dalam kelompok lima terbaik.

Itu syarat dikenakan Petronas Sepang Racing Team (SRT) terhadap pelumba berusia 26 itu menurut prinsipal pasukan, Dato Razlan Razali ketika ditemu bual BH.

Dato Razlan Razali

“Pilihan pertama adalah menyerap Hafizh ke pasukan Moto2 SRT tetapi sekiranya kami gagal mencari pengganti Fabio (Quartararo) atau terdapat masalah dengan Valentino (Rossi) mungkin dia akan ke MotoGP,” jelasnya.

Menurutnya, peluang untuk pelumba tempatan di pasukan Petronas SRT sentiasa ada terutamanya di Moto2 sebelum potensinya dikembangkan lagi untuk ke MotoGP.

Hafizh Syahrin

Hafizh kembali ke Moto2 musim ini bersama Aspar Team selepas dua tahun bersama Tech3 di MotoGP.

Dia mempamerkan aksi cemerlang ketika menunggang jentera Yamaha dalam musim pertamanya namun bergelut apabila beralih ke KTM.

Bagaimanapun, Hafizh tampil dengan aksi memberangsangkan minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan mengutip 10 mata. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube