Bikesrepublic

PLUS Buka Semula Lorong SmartTAG

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup susulan pelaksanaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Bagaimanapun, pelaksanaan tersebut berdepan pelbagai kecaman apabila lorong RFID sering kali berdepan kesulitan.

PLUS dalam satu kenyatan menjelaskan tindakan mengembalikan lorong SmartTAG adalah langkah mengatasi isu dan rungutan dibangkitkan pelanggan SmartTAG.

Oleh itu, PLUS telah pun mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol.

“PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari depan untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

“Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,”  jelas PLUS dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pelaksaan RFID di semua tol terlibat telah mengundang pelbagai reaksi dan rungutan daripada pengguna.

Namun, rata-rata berpendapat pengguna harus diberikan pilihan sama ada mahu menggunakan SmartTAG, Touch ‘n Go (TnG) atau RFID sebagai medium bayaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mahu pelanggan diberikan pilihan.

“Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada ‘gate’ (palang) dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG.

“Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya,”  katanya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube