Bikesrepublic

Pasukan Petugas Polis Dubai Bakal Memiliki HOVERBIKE?

 

  • Telah tersebar desas-desus yang mengatakan bahawa Jabatan Polis Dubai bakal menggunakan bantuan hoverbike sebagai sebahagian daripada kelengkapan pasukan petugasnya dalam masa yang terdekat.
  • Menurut sebuah syarikat dari Russia, Hoversurf International, hoverbike buatan istimewa mereka telah lulus ujian ekstrim bahang haba dan debu.
  • Jentera satu pelana janaan elektrik itu menggunakan empat kipas helikopter mini yang mampu menanggung beban sekitar 300kg sewaktu bergerak pada kelajuan 40km/j selama 25 minit pada satu-satu masa.


Masa depan sudah berada di depan mata kita, tuan-tuan dan puan-puan. Menurut sebuah syarikat dari Russia, Hoversurf International, mereka akan membekalkan beberapa buah unit hoverbike yang paling maju milik mereka kepada pasukan petugas polis Dubai dalam masa yang terdekat. Model ini akan diasaskan daripada sebuah model konsep mereka yang amat berjaya, Scorpion (S-3).

Diperkenalkan pada awal minggu ini semasa Minggu Teknologi Gitex di Dubai, pengeluar dari Russia itu telah mengesahkan yang versi istimewa yang dibuat khas untuk Jabatan Polis Dubai telah pun lulus ujian dalam keadaan cuaca ekstrim termasuklah bahang haba dan debu yang merupakan faktor yang utama di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Gabungan di antara sebuah motosikal dan dron ‘quadcopter‘ ini berfungsi dengan ‘menggeluncur’ di atas udara beserta dengan perubahan altitud (ketinggian) dan arah pandu menggunakan bilah kipas helikopter mininya itu. Jentera satu pelana ini hanya menggunakan elektrik sebagai penjana bagi empat bilah kipas ala-helikopter mininya itu.

Bagi Jabatan Polis Dubai pula, dalam video berkenaan telah dinyatakan juga bahawa mereka akan membekalkan segala kelengkapan pakaian menunggang dan pakaian seragam yang telah direka dan dipilih bagi membolehkan mereka mengemudi jentera “sukan ekstrim” berteknologi tinggi ini. Dalam ujiannya, motosikal ini dikatakan dapat mencapai kelajuan maksima 40km/j dan dapat mencapai tahap kelajuan itu selama kira-kira 25 minit di samping menampung beban muatan sehingga 300kg (termasuk jurumudi).

Berminat untuk memiliki sebuah untuk diri anda sendiri? Layarilah laman sesawang rasmi mereka dan buatlah satu pra-pesanan untuk diri sendiri! Pastikan anda memeriksa dengan ke semua saluran yang betul dan juga dengan pihak yang berkuasa bagi memastikan yang ianya sah untuk anda miliki di negara masing-masing.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Scorpion S-3 ciptaan Hoversurf International, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan