Bikesrepublic

Potongan Subsidi Minyak Tetap Mula Tahun Ini

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan bahawa potongan subsidi minyak tetap akan bermula tahun ini.

Dia berkata langkah itu dapat mengurangkan defisit fiskal negara dalam wawancara dengan Bloomberg pada Selasa lepas.

Dia juga berkata langkah ini diperlukan untuk “menguruskan urutan” pemotongan subsidi, memandangkan risiko inflasi meningkat sebelum pemotongan dilaksanakan. Sejak tahun lalu, Rafizi berkata hendak melaksanakan program subsidi RON95 yang disasarkan pada separuh kedua 2024 agar ia disampaikan kepada golong yang memerlukannya. Buat masa ini, golongan T20 mengambil kesempatan menerima 53 peratus  sistem subsidi minyak yang sedia ada.

Daripada bajet subsidi RM81 bilion untuk 2023, subsidi untuk petrol RON95 yang telah mengambil sebahagian besar daripadanya.

Semasa temu bual, beliau berkata kerajaan merancang untuk mengecilkan defisit bajet kepada 4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini, meningkat daripada 5 peratus pada 2023.

“Untuk mencapai sasaran fiskal sebanyak 4.3 peratus, garis masa tertentu perlu dipatuhi,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Ulasan kami ialah kerajaan hendaklah mempunyai mekanisma bagi mengurangkan impak kenaikan harga bahan api kelak kerana sudah tentunya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk meningkatan harga barangan yang lain. Penarikan subsidi daripada golongan yang tidak memerlukannya merupakan satu tingkah yang baik namun ia haruslah dibuat dengan cara yang cermat agar golongan yang kurang bernasib baik tidak terkesan.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube