Bikesrepublic

Program Peralihan Lesen B2 ke B Penuh Diluluskan

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa program peralihan lesen B2 ke B Penuh telah diluluskan. Program ini akan bermula pada 1 Oktober 2024.

Lesen kelas B2 menghadkan penunggang kepada motosikal tidak lebih 250cc, lesen kelas B1 pula menghadkan penunggang kepada motosikal tidak melebihi 499cc, dan lesen kelas B (seringnya disebut sebagai ‘B Penuh’) membolehkan penunggang mengendalikan semua saiz motosikal.

Akan tetapi, peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal tersebut tertakluk kepada beberapa syarat, termasuklah menghadiri dan lulus program penyesuaian kepada motosikal 500cc ke atas di institut memandu.

Ia tidak bermaksud bahawa seseorang penunggang motosikal yang memegang lesen kelas B1 dan B2 yang sedia ada boleh menukarkan lesennya kepada kelas B secara automatik.

Berikutnya adalah syarat-syarat tersebut:
  • Individu telah memegang lesen B1 dan B2 selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, saman tertunggak, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berata atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333. (Akta 333 ialah di bawah seliaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, berkenaan kesalahan memandu secara merbahaya, melulu, dan tidak cermat di bawah pengaruh alkohol dan dadah, dan menyebabkan kematian atau kecederaan.)
  • Pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, dan minda.
  • Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian kepada motosikal 500cc ke atas di institut memandu. Program melibatkan kerja amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan motosikal besar untuk 2 jam.
  • Dan akhirnya, pengesahan keupayaan mengendalikan motosikal besar oleh Pegawai Latihan Bertauliah di institut memandu tersebut.

Caj perkhidmatan untuk peralihan ini ialah RM160.

Selain daripada itu, lesen motosikal kelas B1 akan digabungkan dengan kelas B.

Syarat-syaratnya:
  • Tiada lagi program untuk lesen B1 bermula 1 Oktober 2024.
  • Pemegang lesen B1 yang sedia ada hendaklah menjalani program peralihan di atas jika hendak menukarkan lesen mereka kepada kelas B.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube