Ingatkah anda kepada motosikal touring GWM Souo S2000ST dan S2000GL yang menggunakan enjin lapan silinder ? Seperti yang dijangkakan, pengeluar itu tidak akan berhenti di situ dan mereka kini menggunakan enjin tersebut pada motosikal kruiser GWM Souo S2000 lapan silinder pula. Prototaip motosikal ini telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya.
Gambar-gambar prototaip itu telah tersebar di media sosial China dan menunjukkan kruiser yang diilhamkan oleh Honda lain iaitu F6C dan Rune. Mengapa tidak, kerana kedua-dua kruiser ini adalah berdasarkan platform Honda Gold Wing, yang disaingi oleh Souo S2000ST dan S2000GL.
Penggayaan kruiser GWM Souo kelihatan seperti percampuran antara F6C dan Rune. Bahagian belakangnya mempunyai madgad yang dipotong seperti F6C, manakala lampu depan, tangki bahan api, dan fairing radiator kelihatan seperti Rune. Walaubagaimanapun, prototaip China ini menggunakan fork teleskopik dan bukannya suspensi depan jenis Hossack yang digunakan pada tourer S2000.
Adalah mudah untuk melihat bahawa GWM mahu mengatasi Honda dengan membina enjin dengan menambah dua silinder lagi (8 vs. 6), isipada yang lebih besar (2000cc vs. 1800cc), satu lagi aci sesondol dalam setiap blok (DOHC vs. SOHC), dan transmisi klac berkembar (dual clutch transmission) dengan lapan kelajuan (8 lawan 6). GWM telah pun telah menjadi pengeluar pertama yang membina enjin motosikal pengeluaran 8 silinder mendatar yang pertama.
Walaubagaimanapun, enjin dalam kruiser ini mungkin mempunyai ciri penyahaktifan silinder untuk memberikan ciri dentuman enjin pada RPM rendah seperti bagi beberapa kruiser yang lain.
Produk yang siap mungkin didedahkan tidak lama lagi, seperti bagaimana tourer itu didedahkan hanya beberapa minggu selepas enjinnya dipamerkan di Beijing Motor Show.