Bikesrepublic

Prototaip KTM 1290 Super Adventure Diintip

  • Sebuah prototaip KTM 1290 Super Adventure telah diintip menjalani ujian jalan raya.
  • Motosikal tersebut tampak telah meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan seperti model 790 Adventure.
  • Meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan menghasilkan pusat graviti yang lebih rendah.

Sebuah prototaip KTM 1290 Super Adventure telah diintip sedang menjalani ujian jalan raya pada hujung minggu lalu. Menurut Australian Motorcycle News, jentera berkenaan sedang diuji bersama dengan model BMW R 1250 GS yang baharu.

(Sila TEKAN SINI untuk ke pautan gambar.)

Pertama sekali yang telah kita perasan dalam gambar berkenaan adalah bonggolan besar di bahagian bawah, di hadapan tulang keting penunggang. Ini menunjukkan inisiatif terkini pengeluar dari Austria dalam menetapkan sebahagian besar bahanapi motosikal ini ke tempat yang lebih rendah dan ke hadapan. Idea ini mula digunakan pada model 790 Adventure dan 790 Adventure R yang telah kami tunggang uji di Maghribi baru-baru ini.

Menetapkan jisimnya di bahagian yang ke hadapan dan rendah memberikan pusat graviti yang lebih rendah pada motosikal ini, dan dengan itu meningkatkan stabiliti dan memberikannya tahap pengendalian pengendalian. Ianya mungkin sekali salah sebuah rombakan semula terpenting ke atas model 1290 Super Adventure yang tinggi kerana enjin V-Twin 75º-nya itu.

Selain itu, radiatornya telah dibelah kepada dua unit, dengan kepala silinder hadapan terjulur. Ini mungkin bermakna yang KTM telah memendekkan tangki bahanapi dan dengan itu, kerangkanya, di mana bahanapinya ditetapkan di bahagian yang lain. Ini membolehkan penunggang untuk menetapkan berat badannya lebih ke hadapan untuk memudahkannya mencapai palang pemegang, dan yang lebih penting lagi, memberi lebih keseimbangan sewaktu berdiri ketika menunggang di atas jalan tanah merah. Sekali lagi, konsep rekaan ini telah digunakan pada 790 Adventure.

Yang ketara juga adalah panel sisi yang menutup sub rangka di bawah penunggang. KTM sebelum ini telah membiarkan seksyen ini terdedah namun sekali lagi telah mengambil ilham dari 790 Adventure dan menutupnya. Ini menambahkan lagi ruang simpanan dalam panel berkenaan. Kotak peralatan 790 Adventure terletak di panel sebelah kirinya.

Walaupun tidak dinyatakan atau terlihat dalam gambar berkenaan, enjin LC8 1,301cc yang baharu itu mungkin sekali tampil dengan kuasa tambahan yang baharu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube