Terdapat banyak khabar angin tentang café racer yang akan datang untuk rangkaian Triumph 400. Nampaknya benar apabila sebuah prototaip Triumph Thruxton 400 telah diintip ketika menjalani ujian jalan raya di India.
Triumph telah menghentikan pengeluaran Thruxton 1200 (Final Edition dalam gambar utama), dan sebaliknya memindahkan ‘tugas’ Bonneville berprestasi tinggi ke Speed Twin. Itu meninggalkan syarikat itu tanpa model dengan nama Thruxton dalam barisan mereka. Bagi kami, Thruxton 1200 adalah Bonneville yang terbaik.
Walaubagaimanapun, kini nampaknya bahawa nama itu akan terus hidup, walaupun dalam rangkaian 400. Kami telah menunggang kedua-dua Speed 400 dan Scrambler 400X, dan ia sangat menakjubkan. Selain itu, ia dijual pada harga yang sangat kompetitif. Itulah sebabnya kedua-dua model dijual seperti kek panas.
Jadi, kita kembali prototaip Thruxton 400. Gambar-gambar menunjukkan café racer yang dipasang dengan fairing, walaupun ia adalah aksesori untuk Thruxton 1200. Bar hendal atau hendal clip on juga diletakkan lebih rendah daripada Speed 400. Selebihnya kelihatan sama selain daripada dua butiran ini .
Enjinnya sudah tentu ialah unit 398cc, satu silinder yang dibina bersama Bajaj Auto. Ia menghasilkan 39.5hp dan 37.5Nm tork, disalurkan melalui transmisi 5-kelajuan. Walaupun prestasinya tidak kelihatan tinggi di dalam carta spesifikasi, ia cukup menghiburkan.
Kami tidak sabar lagi menunggu berita lanjut tentang motosikal ini. Thruxton 1200 dan yang Final Edition berada di luar jangkauan kewangan kami, jadi mungkin Triumph Thruxton 400 boleh jadi kali ini!