Bikesrepublic

Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Ditunda

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari yang telah dilanjutkan hingga 4 Februari ini, UMW Toyota Motor mengumumkan penundaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Pusingan 1.

Musim ke-4 Toyota Vios Challenge tersebut sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung bulan ini.

Pihak UMW Toyota menerusi Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (M) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan sedang memantau situasi semasa bagi memastikan musim keempat TGR dapat dilangsungkan dalam keadaan selamat.

“Dalam usaha kita untuk bersama-sama mengekang penyebaran pandemik Covid-19, kami menyedari kesannya terhadap negara seperti yang sedang kita hadapi ketika ini.

“Perlumbaan perlu diteruskan, tetapi tidak sehingga kita bersama-sama membendung ancaman Covid-19 agar keselamatan semua orang termasuk pelumba, ahli pasukan, pegawai bertugas, penonton serta semua pihak berkepentingan yang lain terjamin,” jelasnya.

Toyota Vios Challenge merupakan fokus utama TGR sepanjang tiga musim sebelum ini yang menyaksikan pelumba profesional serta selebriti tempatan merebut kejuaraan dalam kategori masing-masing.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube