Bikesrepublic

Qabil Irfan Azlan sudah Bersedia

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan sudah bersedia untuk mencabar barisan pelumba antarabangsa pada pusingan pertama Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Litar Jerez, hujung minggu ini.

Qabil merupakan wakil tunggal Malaysia di kejohanan berkenaan di dalam kelas Moto4. Dia merasai dirinya sudah menyesuaikan diri bersama jentera dalam satu sesi ujian bulan lalu.

“Ini pengalaman pertama saya di Eropah, kebiasaannya saya ke sini untuk perlumbaan sahaja. Persiapan saya ialah melakukan latihan bersama jentera dan buat latihan kecergasan. Saya juga berlatih seperti biasa pada bulan Ramadan ini.

“Sebelum ini, saya menyertai sesi ujian di Jerez. Saya yakin dengan motosikal dan juga pengurusan pasukan. Apapun, saya kena belajar lagi dan harapan saya supaya dapat memberikan saingan dalam kelompok depan dan menang,” kata Qabil sebagai pelumba untuk VHC Frando Racing dari Sepanyol.

Sebelum ini, langkah ZK Racing dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ke ESBK adalah untuk melebarkan sayap karier Qabil selepas dia menunjukkan prestasi cemerlang untuk muncul juara dunia di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya meletakkan harapan tinggi ke atas pelumba muda berkenaan.

“Bukan senang untuk seorang pemuda seperti Qabil, umur baharu cecah 12 tahun tetapi berpeluang berlumba di Eropah. Harapan kami agak tinggi untuk Qabil buat yang terbaik. Di bawah Zulfahmi, kami yakin Qabil akan dapat kecemerlangan sepatutnya.

“Untuk KPI, di tahun pertama, kami anggar berada dalam kelompok 15 terbaik. Dia juga akan berlumba dalam saingan Siri MiniGP malaysia 190cc,” kata Shafriman ketika ditemui selepas Iftar Ramadan SIC 2024, semalam.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube