Bikesrepublic

QJ Motor SRT 700 X Mendarat Di Eropah – 73.5HP, 63.7Nm

Tidak dinafikan, permintaan terhadap motosikal segmen ‘adventure’ semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini. 

Kesan daripada permintaan yang tinggi itu, pengeluar motosikal dunia berpusu-pusu memperkenalkan motosikal ‘adventure’ yang bukan sahaja moden malah mampu milik bagi menyasarkan kumpulan pembeli yang enggan membelanjakan lebih RM100 ribu bagi sebuah ADV. 

Sehubungan itu, kita dapat lihat jenama seperti Benelli menjadi popular menerusi TRK 502 X, Honda dengan CB500X dan terbaru CFMoto 800MT.

Terbaru, QJ Motor turut mengorak langkah sama menerusi SRT 700 X yang baru sahaja diperkenalkan di Eropah. 

Dikuasakan enjin parallel-twin 689cc dengan penyejukan cecair, SRT 700 X ini menawarkan 73.5hp pada 8,000rpm dan 63.7Nm pada 6,000rpm. Meskipun tidak sehebat kuasa ditawarkan Honda XL750 Transalp dan V-Strom 800 DE namun model dihasilkan di China ini pastinya menang dari segi harga ini keranna SRT 700 X ini dipasarkan di Eropah dengan harga hanya EUR6,999 (RM34k). 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk ‘swingarm’ aluminium serba baharu, rim 19-inci depan dan 17-inci belakang pada varian X dan 17” depan serta 17” belakang pada varian standard. Di samping itu, model ADV ini juga dilengkapi lampu LED penuh, ABS dwi-saluran, brek kaliper radial 4-pot depan dan panel meter TFT. 

Menariknya, SRT 700 X ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘heated grip’. 

Ketika ini, belum ada info bilakah SRT 700 X ini akan diperkenalkan di Malaysia namun pengedar rasmi, MForce Bike Holdings sudah pun menawarkan SRT 800 disini. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube