Bikesrepublic

RASMI: Brixton Cromwell 1200 Dilancarkan – 83HP, 108Nm, RM58,888

Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, Mforce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Brixton Cromwell 1200 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM58,888. 

Bagaimanapun, sempena pelancaran minggu lalu, MForce menawarkan harga istimewa, RM55,888 bagi 50 pembeli pertama. 

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Brixton Cromwell 1200 merupakan motosikal segmen retro-klasik yang telah digabungkan dengan teknologi masa kini. Hasilnya, Cromwell 1200 dilengkapi pelbagai ciri moden antaranya sistem traction control, ABS dan paling mengagumkan, fungsi cruise control. 

Tidak cukup dengan itu, Cromwell 1200 ini juga menawarkan suspensi KYB dan kaliper brek Nissin.

Selain itu juga ditawarkan dua jenis mod menunggang (riding mode); Eco dan Sport dan kedua-duanya menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza mengikut tetapan penunggang. 

Menariknya untuk pasaran Malaysia, motosikal terbaru ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan secara standard antaranya skid plate, pelindung tangki serta ‘saddlebag’ dengan kapasiti 10-liter. Menurut MForce, bag tersebut akan mengekalkan bentuknya meskipun tanpa mengisi barang. 

Cromwell 1200 ini dikuasakan enjin parallel-twin 1,222cc 4-stroke 8-valve dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 83hp pada 6,550rom dan 108Nm pada 3,100rpm. Angka kuasa itu meletakkan Cromwell 1200 lebih berkuasa berbanding Triumph Bonneville T120 yang merupakan pesaing utama dalam segmen retro-klasik lebih 1000cc. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 16L
  • berat 235kg
  • fork teleskopik
  • tayar 18-inci depan dan 17-inci belakang
  • lampu LED penuh

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube