Edaran Modenas Sdn Bhd dengan rasminya mengumumkan harga Modenas Versys-X 250 yang boleh didapati pada harga RM24,900.
Menurut EMOS, Versys-X 250 hanya akan tampil dalam satu pilihan warna sahaja, Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green dan dilengkapi dengan ‘panniers’ 17L kiri dan kanan.
Untuk rekod, Versys X 250 ini menawarkan ciri yang menarik antaranya , crash guard, penghadang angin tinggi, ‘handguard’ dan lampu kabus LED yang didatangkan secara standard.
Modenas Versys X 250 itu akan dikuasakan enjin parallel-twin 249cc yang menawarkan 33hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm pada 10,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist & slipper.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- rim jenis spoked (lidi) 19-inci depan, 17-inci belakang
- suspensi fork teleskopik 41mm depan, monoshock belakang
- tangki 17L
- ABS dwi-saluran
- ketinggian tempat duduk 815mm