Bikesrepublic

RASMI: KTM Lancar 890 SMT 24 April Ini

KTM dengan rasminya mengesahkan bahawa motosikal sport touring popular, SMT bakal kembali bagi tahun 2023 menerusi KTM 890 SMT. Pengesahan itu dibuat menerusi perkongsian di laman media sosial. 

Menurut KTM, 890 SMT itu akan diperkenalkan secara rasmi pada 24 April ini.

Meskipun tarikh pelancaran adalah dua bulan dari sekarang namun sebarang info terperinci mengenai model tersebut masih tidak didedahkan.

Bagaimanapun, Cycle World pernah memuat naik gambar ’spy shot’ yang memaparkan KTM 890 SMT itu menjalani ujian di Eropah. 

*Sumber: Cycle World

Sekali imbas, terdapat beberapa perubahan ketara antara 890 SMT dan 890 Adventure terutamanaya di bahagian tangki dan panel badan di bahagian depan yang tampak lebih kompak. 

Dalam pada itu, sebagai motosikal ‘sport tourer’ 890 SMT didatangkan dengan rim aloi berbanding rim lidi (wire-spoked) pada 890 Adventure. 

Selain itu, kami menjangkakan 890 SMT akan turut menawarkan 100hp dan 95Nm ekoran dihidupkan enjin parallel-twin 890cc yang sama seperti 890 Adventure. Ini secara tidak langsung meletakkan KTM 890 SMT dalam kumpulan sama dengan Yamaha Tracer 9 GT dan Ducati Multistrada V2. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube