Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.
Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm.
Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.
Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh.
Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal.
Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus.
Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan.
Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang.