Bikesrepublic

RASMI: Skuter Maxi Zontes 350E Kini Di Malaysia – 37HP, RM25,800

Eurotech Wheel Distribution selaku pengedar rasmi jenama motosikal Zontes di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Zontes 350E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM25,800.

Menariknya, Zontes 350E ini memasuki pasaran tempatan hanya beberapa bulan selepas pelancaran global pada Mei 2023. 

Diberi jolokan sebagai skuter kembara (touring), Zontes 350E ini dikuasakan enjin satu silinder 349cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 37hp pada 7,500rpm dan 38Nm pada 6,000rpm. Seperti skuter konvesional lain, 350E ini juga menawarkan transmisi CVT. 

Menariknya, sebagai sebuah skuter maxi yang sporty, model ini juga dilengkapi dengan sistem ‘traction control’ dan dua mod menunggang (riding mode). 

Dari sudut rekaan, Zontes 350E ini dilengkapi dengan lampu LED penuh dan dipadankan bersama panel badan yang sporty. Bukan itu sahaja, ketinggian enghadang angin juga boleh diubah secara elektronik dan ketika dalam keadaan bergerak. 

Secara keseluruhan 350E ini juga cukup panjang dengan jarak antara tayar (wheelbase) sekitar 1,565mm sama seperti pesaing lain dalam kelasnya antaranya BMW C 400 X dan C 400 GT. Selain itu, tangki berkapasiti 16L juga menjanjikan perbatuan yang tinggi. 

Ruang letak barang bawah tempat duduk pula boleh menempatkan dua helmet bersazi penuh (full-face) sekaligus cukup praktikal sekiranya mahu membawa barangan yang banyak.

Aspek elektronik pula merangkumi ‘heated grip’, handlebar boleh laras dan panel meter TFT berwarna yang menawrkan ciri TPMS (tyre pressure monitoring system) dan sistem tanpa kunci (keyless). 

Dalam perkembangan sama, Zontes Malaysia turut memperkenalkan skuter maxi 350E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM23,800.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube